suria

“Jangan cium mulut, ni bukan budaya kita dan ajaran Islam” - Yana Samsudin bimbang anak cium rakan tadika tanda sayang

Yana menasihati anaknya supaya tidak mencium bahagian mulut.

PELAKON Yana Samsudin terkejut apabila anaknya, Aisy Mateen yang kini berusia tiga tahun mencium mulutnya ketika sedang membuat siaran langsung di Instagram (IG Live) biarpun sudah beberapa kali melarang melakukan aksi itu.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 35, berkata dia sangat mementingkan pendidikan seksualiti dan sentiasa berpesan kepada anaknya supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Menurut Yana lagi, ciuman terbaik ibu bapa kepada anaknya hanya di bahagian dahi, pipi dan tangan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiba-tiba Aisy Mateen meraung” - Yana Samsudin pelik anak menangis, mungkin ‘dah perasan’ awal

"Baru semalam tegur, hari ini dia buat lagi. Sebenarnya saya memang menitikberatkan fasal kebersihan dan imunisasi, tapi yang paling penting juga ialah #PendidikanSeksualiti.

Yana memuat naik status mengenai anaknya di laman sosial.

"Mulut juga adalah bahagian peribadi yang tidak boleh disentuh, dicium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri! (Kecuali cuci berak kencing).

"Ciuman terbaik daripada ibu bapa kepada anak-anak ialah ubun ubun, dahi, pipi dan tangan. Kalau anak dah besar akan terbiasa kalau kecil-kecil kita dah biasakan.

"Cium mulut atau bibir ni bukan budaya kita dan ajaran Islam," kata Yana menerusi laman Instagram miliknya.

Yana sebelum ini memuat naik status di Facebook mengatakan dia menasihati anak sulungnya untuk tidak melakukan perbuatan itu terhadap orang lain.

Isteri kepada pelakon Fadzil Zahari ini juga bimbang sekiranya anaknya itu melakukan perkara tersebut di sekolah tadika.

Yana bimbang anaknya melakukan perbuatan tersebut di sekolah tadika.

"Semalam, anak saya Aisy Mateen tiba-tiba cium mulut saya ketika saya tengah menonton televisyen. Saya terkejut, tak tahu siapa buat dengan dia.

"Saya beritahu dia, cium kat pipi dan dahi boleh, mulut jangan! Kalau ada orang lain buat cakap tidak. Jerit kuat-kuat. Benda tu salah. Beritahu mommy daddy siapa yang buat.

"Gementar mommy kang tiba-tiba kat sekolah tadika nanti dia cium kawan dia pula tanda sayang," ujar Yana.

Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari pada 13 April 2015 dan dikurniakan cahaya mata, Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.

Yana Samsudin, Fadzil Zahari

Artikel Lain