suria

“Hello Neelofa... tak tahu ke benda awak buat ni illegal?” - Netizen bengang filem The Lion King 'bocor'

Tindakan Neelofa berkongsi babak filem di Instastory mengundang perbalahan netizen.

TINDAKAN pelakon dan pengacara Neelofa berkongsi rakaman sedutan filem The Lion King di laman Instastory mengundang rasa kurang senang netizen.

Menerusi Twitter, seorang pemilik akaun dikenali Megat Aliff memuat naik paparan skrin Instagram memperlihatkan pengacara program Meletop itu berkongsi beberapa babak yang dirakam dalam panggung wayang.

"Jadi tiada sesiapa nak cakap apabila Neelofa merakam The Lion King dan muat naik di Instastory? Atau sebab dia selebriti dia boleh buat apa sahaja dia mahu," kata Megat.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa tarik diri daripada ABPBH, mahu berehat dua tahun

Pengguna Twitter itu turut menyebut (mention) akaun Twitter dua rangkaian pawagam iaitu TGV Cinema dan GSC Cinema.

Seorang pengguna Twitter mempertikaikan tindakan Neelofa.

Bagaimanapun, tidak dapat dikenal pasti lokasi sebenar pawagam yang dikunjungi selebriti itu.

Pada pagi Selasa, Neelofa berkongsi sebanyak empat rakaman babak dalam filem tersebut di Instastory namun memadam rakaman itu setelah dikritik netizen.

Tidak lama kemudian, dua syarikat pawagam tersebut membalas tweet tersebut dan berjanji akan menyiasat mengenai perkara tersebut.

"Hi, terima kasih atas maklumat. Kita telah laporkan kepada pengedar filem (Disney) untuk tindakan selanjutnya," balas GSC Cinema.

Netizen berbalah berhubung isu ini.

"Ada maklumat mengenai lokasi pawagam? Kita akan ambil tindakan kerana ia hal serius," balas TGV cinema pula.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Neelofa memuat naik rakaman babak filem tersebut kerana ia melanggar undang-undang hak cipta.

"Kalau tiada tindakan yang diambil aku akan buat perkara yang sama.

"Lepas ni semua gajet kena letak luar wayang.

Komen balas daripada dua rangkaian pawagam Malaysia.

"Hello Neelofa... tak tahu ke benda awak buat ni illegal?," komen netizen.

Berdasarkan peraturan yang ditetapkan GSC, penonton tidak dibenarkan membuat sebarang rakaman ketika menonton filem dalam panggung mereka.

Walaupun telefon bimbit boleh dibawa masuk ke dalam pawagam, peraturan jelas menyatakan bahawa rakaman dan fotografi dilarang.

Sebelum ini, penyanyi Ara Johari turut melakukan kesilapan yang sama apabila memuat naik sedutan babak dalam filem Marvel, Avengers: Infinity War di Instastory.

Neelofa

Artikel Lain