suria

Maisarah ukulele jadi 'penconteng' baju, kasut kanvas

Maisarah bakal menyambung pelajaran dalam bidang seni lukis di sebuah kolej, bulan depan.

SELAIN memiliki kebolehan bermain ukulele dan gitar, penyanyi Maisarah Mohd Faizal sebenarnya turut mempunyai bakat terpendam sebagai pelukis.

Bermula sebagai hobi, gadis berusia 18 tahun ini tidak menyangka bakat seni itu boleh membantunya menambah duit poket.

Menurut Maisarah, rata-rata pelanggan mahu dia melukis di atas pakaian atau kasut.

ARTIKEL BERKAITAN: Maisarah Hampir Berputus Asa

"Selain bermain ukulele dan gitar, saya sebenarnya minat melukis sejak kecil lagi dan miliki puluhan koleksi lukisan di rumah.

"Kebiasaannya lukisan saya itu hanyalah untuk simpanan sendiri, tapi ada juga orang luar yang mahu saya melukis untuk mereka.

Antara koleksi lukisan yang dihasilkan Maisarah.

"Kebanyakan pelanggan meminta saya membuat lukisan homemade di kasut atau pakaian. Alhamdulillah mereka berpuas hati dengan hasil kerja saya," katanya kepada mStar.

Bagi memantapkan lagi bakat seni lukis yang ada, Maisarah berkata dia bakal menyambung pelajaran dalam bidang seni di sebuah kolej tidak lama lagi.

"Saya akan menyambung pengajian di peringkat Diploma in Fine Art di Malaysia Institute Of Art, Kuala Lumpur pada bulan Ogos depan. Saya akan belajar mengenai ilmu seni halus (fine art) selama dua tahun.

Maisarah menerima tempahan pelanggan yang mahu dia melukis diatas pakaian dan kasut.

"Walaupun bidang itu berbeza dengan kerjaya saya sebagai penyanyi, namun itu bukan satu kesalahan kerana ia membuka ruang untuk pelbagaikan lagi ilmu yang ada.

"Ibu dan bapa menyokong keputusan ini dan mereka berharap saya berjaya dalam kedua-dua bidang tersebut," katanya yang akan terus menghiburkan peminat meskipun menyambung pengajian kelak.

Bercerita mengenai karier nyanyian, Maisarah berkata dia dalam proses mengumpul material untuk single terbaharunya.

Maisarah mahu teruskan karier nyanyian, dalam masa sama bergelar pelukis.

Selain sibuk memenuhi undangan nyanyian di program karnival rakyat, penyanyi lagu Si Kacak ini juga bakal menceburi bidang pengacaraan.

"Sekarang ini dalam proses nak kumpul bahan untuk lagu seterusnya dan dijangka akan dilancarkan dalam hujung tahun ini.

"Saya juga ada dapat tawaran menjadi pengacara televisyen tapi masih belum boleh dikongsikan lagi dan kemungkinan rakaman program itu akan bermula bulan depan," katanya.

Maisarah

Artikel Lain