suria

“Kak salah pilih calon suami ke?” - Peminat kecewa Zizi Kirana dan Ebby Yus bersanding di pelamin

Gambar Zizi dan Ebby dirakam semasa penggambaran sebuah sketsa komedi yang bakal bersiaran di TV3.

PELAKON Zizi Kirana tidak menyangka foto bersama pelawak Ebby Yus bersanding di pelamin dengan pakaian pengantin mengundang salah faham dalam kalangan netizen.

Menurut Zizi, dia dihujani pelbagai komen dan mesej peribadi daripada peminat yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungannya dengan pelawak tersebut.

"Kelakarlah! Tiba-tiba ramai mesej yang tanya betul ke saya dengan Ebby Yus dah berkahwin dan ada peminat yang meluahkan rasa kecewa serta mengharapkan supaya perkara itu tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hina ke orang macam saya kahwin dengan wanita muda?” - Ebby Yus terkilan komen negatif dikatakan tak layak untuk Zizi Kirana

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana ajar budak mengaji Al-Quran, amal baca bacaan Yasin setiap malam Jumaat

ARTIKEL BERKAITAN: Sedikit Je Seksi... Bukannya Tayang Payudara Kata Zizi Kirana

"Abang Ebby (Yus) pun terkejut apabila foto itu tular di media sosial dan tak sangka ia akan menjadi perbualan peminat, sebenarnya gambar itu dirakam semasa kami menjalani penggambaran sketsa komedi untuk siaran TV3.

"Saya dengan Ebby Yus dah macam abang dengan adik, dia pun lawak orangnya. Tak ada lah bercinta-bercinta ni!," katanya kepada mStar.

Peminat kecewa Zizi Kirana dan Ebby Yus bersanding di atas pelamin.

Menerusi Instastory, penyanyi lagu Siapa Yang Bap Bap ini berkongsi luahan rasa kecewa peminat apabila melihat foto dia bersama Ebby Yus lengkap berpakaian pengantin berwarna hijau.

"Adakah ini benar sister? Katakan tidak please... Saya kecewa!

"Kak Zizi tak salah pilih calon suami ke? Macam atuk-atuk je," tulis netizen melalui mesej peribadi.

Peminat menghantar mesej peribadi bertanyakan kesahihan gambar tersebut.

Masih mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami, Zizi berkata dia tidak kisah jika dipertemukan jodoh dengan lelaki yang lebih berusia.

Malah, dia menerima dengan hati terbuka jika ditakdirkan satu hari nanti dia berkahwin dengan lelaki setaraf usia datuknya.

"Saya tak kisah kalau dah dijodohkan dengan orang lebih berusia atau dah pangkat-pangkat bapa atau datuk saya.

Zizi sedang mencari calon suami yang memenuhi ciri-ciri pilihan.

"Masalahnya, tunggu yang bujang pun tak jumpa-jumpa lagi. Macam mana tu? Soal jodoh ini terbuka, jika dia bertanggungjawab, beriman dan mampu membahagiakan saya... saya terima," ujarnya yang kini muncul dengan lagu baharu berjudul Mintak Lagi.

Menerusi laporan mStar pada 2018, Zizi atau Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil, 32, menyenaraikan ciri-ciri bakal suami mestilah mempunyai pendapatan minimum RM5,000 selain bebas daripada bebanan hutang.

Dalam senarai sama, Zizi juga mencari calon yang lancar membaca Al-Quran selain bukan kaki mabuk dan sosial serta tidak mengamalkan pergaulan bebas.

Dari segi rupa paras pula, Zizi tidak meletakkan syarat seorang lelaki itu perlu berwajah kacak namun baginya cukup sekadar sedap mata memandang dan sanggup berbuat apa sahaja deminya dan keluarga.

Zizi Kirana, Ebby Yus

Artikel Lain