suria

Emma Maembong ulas hubungan dengan Noki (K-Clique), tidak pernah bercinta dengan Syed Abdullah

Emma menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Noki dan Syed Abdullah.

SPEKULASI hubungan cinta antara pelakon Emma Maembong dan anggota kumpulan K-Clique, Noki mula hangat diperkatakan selepas aktres itu kerap memuat naik foto bersama.

Bagaimanapun, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, berkata, mereka sudah mengenali sejak tujuh tahun lalu dan hanya rapat sebagai seorang kawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Abdullah pertahan diri dituduh punca Emma Maembong buka tudung

ARTIKEL BERKAITAN:“I am sorry” - Emma Maembong mengaku buka tudung tapi nafi foto celah kangkang abang menteri

"Sebenarnya Noki adalah adik kepada kawan baik saya iaitu Lala dan kami sudah kenal satu sama lain sejak tujuh tahun lalu.

"Sebelum ini saya ada juga berkongsi gambar dengan dia tapi mungkin orang baru perasan dan mula berkata-kata sebab sekarang dia semakin popular.

"Saya dan dia tiada sebarang hubungan istimewa pun tetapi kami memang berkawan baik," kata Emma kepada mStar.

Emma ditemui ketika malam Anugerah Stail Eh! di Hotel EQ, Equatorial Plaza, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Emma sebelum ini pernah dikatakan mempunyai hubungan dengan abang kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah apabila foto-foto mereka bercuti di luar negara tersebar di internet.

Emma masih solo selagi belum berkahwin.

Dalam pada itu, pelakon drama Awak Suka Saya Tak ini menegaskan dia dan Syed Abdullah tidak pernah bercinta dan beranggapan dia berhak untuk mempunyai ramai kawan.

"Sejak bila kami bercinta? Saya dan dia berkawan sahaja. Saya sentiasa berhubung baik dengan semua orang sebab bagi saya tak salah pun kita ada ramai kawan.

"Tak ada seorang pun yang saya bermusuh sebab saya lihat industri ini kecil sahaja, pusing-pusing nanti jumpa balik.

"Tapi setakat ini saya masih solo, selagi belum berkahwin," ujarnya.

Artikel Lain