suria

Adam Lee enggan rahsiakan hubungan rapat dengan Sweet Qismina, “Doakan yang baik-baik jika ada jodoh”

Adam terima jika dia dijodohkan dengan pelakon cantik Sweet Qismina. Foto Instagram @adm.lee

PELAKON baharu Adam Lee berkata dia lebih selesa bersikap jujur dan enggan berahsia mengenai hubungan rapatnya dengan aktres Sweet Qismina.

Mengakui masih dalam fasa perkenalan, Adam, 25, berkata dia juga tidak menolak jika ditakdirkan jodohnya dengan Sweet kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain.

"Semua orang tahu saya tengah berkawan rapat dengan Sweet Qismina, masih sedang kenal antara satu sama lain dan kami memang tak sorok hubungan di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak salah Sweet Qismina nak keluar dengan Adam Lee

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee pun nak tengok gambar separuh bogel itu

"Sweet ada ciri-ciri wanita yang saya suka dan kalau ditakdirkan jodoh saya dengan dia, saya tak tolak, cumanya untuk ke fasa itu belum lagi.

Adam tak berahsia mengenai hubungan persahabatannya dengan Sweet Qismina.

"Sekarang ini kami sedang memantapkan diri masing-masing... mantapkan ekonomi dan sebagainya, tapi kita tak tahu kalau perancangan Allah kahwin dalam masa terdekat," katanya kepada mStar.

Adam Lee ditemui semasa sidang media pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32) yang diadakan di Tamu Hotel & Suite, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam ABPBH, pelakon ini tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular bersaing dengan empat lagi bintang iaitu Afieq Shazwan, Iswan Ismail, Raja Atiq dan Ryan Deedat.

Peminat merestui hubungan mereka ini.

Sementara itu, pelakon drama Curi-Curi Cinta ini berkata hubungannya dengan Sweet Qismina menerima respon baik daripada peminat.

Malah, peminat turut mengharapkan agar hubungan itu berakhir dengan perkahwinan dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan pelakon drama Adam Chempaka ini.

"Alhamdulillah... komen peminat di Instagram mereka tak halang hubungan kami, peminat semuanya positif.

"Yang nak suruh cepat-cepat kahwin tu normallah dan kebanyakan mereka mendoakan yang baik-baik sahaja," ujarnya.

Adam Lee, Sweet Qismina

Artikel Lain