suria

“Dah tahun 2019, hentikan lawak body shaming” - Alif Satar akui belum cukup sempurna untuk terima pujian

Alif mengakui segan apabila netizen memuji tindakannya ketika mengacarakan program Big Stage.

PENYANYI dan pengacara Alif Satar berasa segan apabila tindakannya yang dianggap menyelamatkan keadaan ketika isu komen 'body shaming' antara Mark Adam dan Sherry Alhadad mendapat pujian netizen. 

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 29, menganggap isu yang berlaku itu tidak ada kaitan dengannya dan dia juga mengakui belum cukup sempurna untuk menerima pujian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya akui silap, layak terima semua ni, saya bodoh” - Mark Adam mohon maaf tidak profesional

ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu betul, dia berbakat besar, bro!” - Alif Satar dipuji selamatkan Sherry selepas terima komen 'body shaming' Mark Adam

"Sebenarnya saya segan apabila menerima pujian disebabkan perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Mana tahu selepas ini saya ada melakukan kesalahan, orang mengatakan saya pula dan berasa macam saya ini sempurna sangat.

Sherry enggan mengulas kenyataan tersebut.

"Saya tak rasa terbeban dengan perkara ini cuma segan bila orang cakap macam tu. Kita pun tak hidup atas pujian orang dan lagipun kita manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan," ujarnya kepada mStar.

Alif ditemui ketika sidang media memperkenalkan dia sebagai duta Alicafe Power Root di Restauran Rebung Chef Ismail, Jalan Tanglin, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini, Mark Adam menerima kecaman apabila komen dan gurauannya terhadap pengacara Sherry ketika konsert Big Stage malam Ahad lalu dianggap keterlaluan dan mempersendakan fizikal wanita itu.

Mark selaku juri jemputan pada program berkenaan memberi ulasan terhadap peserta program berkenaan iaitu Chaleeda Gilbert sebagai berpeluang besar turut mengaitkan bentuk badan Sherry.

Alif berharap tiada lagi isu body shaming.

Dalam pada itu, Alif memberitahu dia mempercayai penyanyi lagu Pencuri itu tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan bentuk badan rakan pengacaranya ketika itu.

"Begitu juga dengan Mark Adam manusia biasa dan ramai orang suka dia. Sebagai seorang lelaki, dia pun ada minta maaf dan saya tahu dan percaya dia tidak ada niat pun nak bermaksud sedemikian," katanya.

Sekarang dah tahun 2019, rasanya dah boleh berhenti bergurau melibatkan ‘body shaming’ ini!

ALIF SATAR

PELAKON

Dalam pada itu, Alif meminta semua pihak berhenti menggunakan lawak yang mengaitkan tentang ‘body shaming’ memandangkan zaman sekarang sudah maju ke hadapan.

"Kalau dahulu kita bergurau tentang bentuk badan atau fizikal seseorang itu rasanya tidak ada masalah. Tapi sekarang dah tahun 2019, rasanya dah boleh berhenti bergurau melibatkan ‘body shaming’ ini.

"Tidak baik berkata mengenai fizikal seseorang itu sebab kita sendiri tak tahu bagaimanapun mereka ini struggle untuk menjadi lebih baik," ujarnya.

Alif Satar, Sherry Alhadad, Mark Adam

Artikel Lain