suria

Zizan Razak ulas hubungan dengan Bella Astillah - “Kalau bercinta sudah tentu saya tak tayang wanita itu”

Kehadiran Bella di majlis kejutan hari lahir ibu Zizan baru-baru ini menarik perhatian netizen di laman sosial.

PELAKON dan pelawak Zizan Razak menegaskan dia dengan pelakon Bella Astillah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa seperti yang diperkatakan netizen di laman sosial.

Menurut Zizan, 35, kehadiran Bella di kejutan hari lahir ibu Zizan baru-baru ini tidak dirancang namun hanya kebetulan penyanyi itu berada berdekatan dengan lokasi majlis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah pasti ada doa dapat jodoh, isteri yang baik dan solehah” - Doa Zizan sempena mencecah umur 35 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: “Hati saya kini tertutup rapat untuk terima lelaki” - Bella harap Aliff dapat lupakan dirinya jika tiada jodoh

Malah pemilik nama Mohammad Razizan Abdul Razak mengakui dia tidak akan mendedahkan siapa kekasihnya sekiranya sedang bercinta.

Zizan pertama kali membuat kejutan hari lahir ibunya.

"Kebetulan pada malam saya nak buat kejutan itu, Bella ada hubungi untuk bertanyakan tentang telefilem yang bakal kami bekerjasama.

"Masa dia hubungi itu, saya ada tanya dia ada di mana dan dia kata ada dekat Kuala Lumpur, berdekatan dengan lokasi saya nak buat majlis ibu.

"Dia tanya saya nak ke mana, saya cakaplah nak pergi sambut hari jadi ibu. Alang-alang itu, saya ajak dan dia pun datang la tapi selepas itu habis macam tu saja, tak ada apa.

"Saya ini jenis kalau bercinta sudah tentu tak akan tayang wanita itu tapi kalau saya tidak bercinta memang selamba letak di laman sosial," katanya kepada mStar.

Zizan tidak akan tayang kekasihnya jika sedang bercinta.

Zizan ditemui ketika sidang media telefilem Kerusi kecil dan majlis doa selamat produksi Adtisha Productions Sdn Bhd di SkyArena, Setapak, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sebelum ini, video Zizan pertama kali membuat kejutan hari lahir ibunya yang dimuat naik di Instagramnya pada 12 Ogos lalu menarik perhatian netizen.

Rata-ratanya teruja melihat kedatangan bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu di acara tersebut dan membuat spekulasi mereka mempunyai hubungan istimewa.

Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 2 ini memberitahu dia terlebih dahulu mengenali ibu dan adik kepada Bella iaitu Didi Astillah ketika sedang makan di sebuah gerai.

Sampailah terjumpa ibu Bella tu, saya terus minta nombor Bella sebab dapat idea untuk ajak dia berlakon jadi heroin dalam telefilem tersebut.

Zizan Razak

Pelakon dan pelawak

Kata Zizan, ketika itu dia terus meminta nombor telefon Bella selepas teringat pengarah Ghaz Abu Bakar pernah bertanyakan tentang heroin untuk digandingkan menerusi telefilem Kerusi Kecil.

"Ada satu hari itu saya makan di sebuah gerai dan rupa-rupanya ibu dan adik Bella, Didi duduk di belakang meja saya. Ibu dia tegur saya dan memberitahu dia adalah ibu Bella.

"Kebetulan pula, sebelum ini Ghaz ada bertanya siapa heroin yang saya nak berlakon sama untuk telefilem dan dia ada beri beberapa nama tapi saya kata tak kisah sesiapa pun.

"Sampailah terjumpa ibu Bella tu, saya terus minta nombor Bella sebab dapat idea untuk ajak dia berlakon jadi heroin dalam telefilem tersebut," ujarnya.

Zizan Razak, Bella Astillah

Artikel Lain