suria

Tuah ‘Dimatamu’, Sufian Suhaimi dipilih Pemimpin Paling Dikagumi Di Asia

Sufian diiktiraf sebagai Pemimpin Paling Dikagumi di Asia 2019. FOTO ihsan: Kaki Foto

PENYANYI Sufian Suhaimi meluahkan rasa gembira apabila diberi pengiktirafan sebagai Pemimpin Paling Dikagumi di Asia 2019 bagi kategori selebriti (hiburan).

Menurut Sufian, pengiktirafan yang diterimanya itu dianggap pembakar semangat untuk dia terus berkarya dalam industri hiburan tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kesedihan saya akhirnya terbayar"- Sufian Suhaimi komen lagu ke AJL33

ARTIKEL BERKAITAN: Pecah rekod! 56 juta tonton 'lagu putus cinta' Sufian Suhaimi

“Sudah tentu saya berasa sangat gembira di atas pencapaian ini lebih-lebih lagi ia diberikan oleh organisasi bertaraf antarabangsa.

“Rasa penat lelah saya selama ini berbayar apabila mendapat pengiktirafan daripada orang luar,” katanya kepada mStar.

Sufian mengakui kejayaan lagu Dimatamu menjadi faktor dinobatkan sebegai Pemimpin Paling Dikagumi di Asia 2019.

Dalam pada itu, Sufian tidak menolak impak serta kejayaan lagu Dimatamu menjadi faktor dia layak dinobatkan sebagai Pemimpin Paling Dikagumi di Asia pada tahun ini.

“Tidak dinafikan, lagu Dimatamu antara penyumbang utama kemenangan saya pada malam ini selepas berjaya ke pentas AJL dan menjadi lagu Melayu yang memiliki paling banyak tontonan di YouTube.

“Anugerah ini adalah pembakar semangat untuk saya terus berkarya dalam industri muzik," katanya.

Sufian dipilih bersempena anugerah berprestij peringkat antarabangsa anjuran Herald Global & ERTC Media yang diadakan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur pada Isnin.

Pada awalnya, saya terkejut apabila menerima khabar ini apatah lagi diberitahu yang saya terpilih selepas beberapa kali melalui proses saringan bersama pencalonan 100 individu berpengaruh lain dari seluruh Asia.

DATUK FAZLEY YAAKOB

Cef Selebriti

Dalam pada itu, Cef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob, 41, melangkah setapak lagi dalam bidang masakan apabila turut diumumkan sebagai Pemimpin Paling Dikagumi Di Asia 2019 bagi kategori kulinari.

Menurut anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu, dia tidak menyangka segala usaha yang dilakukan selama ini akhirnya membuahkan hasil sehingga ia diiktiraf oleh Herald Global.

“Pada awalnya, saya terkejut apabila menerima khabar ini apatah lagi diberitahu yang saya terpilih selepas beberapa kali melalui proses saringan bersama pencalonan 100 individu berpengaruh lain dari seluruh Asia.

“Kalau hendak diikutkan, ramai lagi individu lain yang lebih berpengalaman dan senior berbanding saya dalam bidang kulinari ini.

Datuk Fazley Yaakob (kiri), Siti Nordiana dan Zoey Rahman (kanan) antara selebriti yang turut menerima anugerah.

"Begitupun, saya anggap ia sebagai rezeki terbesar buat saya dan keluarga SukaSucre Bistro,” katanya.

Selain Sufian dan Fazley, beberapa selebriti tempatan iaitu Zoey Rahman, Jaclyn Victor serta Siti Nordiana turut menerima anugerah mengikut kategori masing-masing.

Herald Global merupakan sebuah portal berpengaruh di India.

Penganjuran anugerah itu merupakan komitmen Herald Global dan ERTC Media untuk menghargai pencapaian setiap individu merangkumi pelbagai bidang.

Anugerah tersebut diadakan bertujuan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada individu yang berjaya mengukir populariti dalam industri keusahawanan, pembuatan dan rekaan.

Artikel Lain