suria

Umie Aida buat kerja gila, pegang skrip ketika berlakon Pawana Isabella... “Hanya kerana baju aku jadi bidan terjun”

Umie terpaksa menggantikan Azar Azmi yang mengalami masalah kesihatan pada saat akhir.

BERLAKON sambil membaca skrip, apatah lagi apabila ia dilakukan pada pementasan teater di Istana Budaya oleh seseorang yang berpengalaman luas dalam seni lakonan.

Situasi itu kedengaran seperti tidak masuk akal namun itu yang terpaksa dilakukan pelakon hebat Datin Seri Umie Aida bagi menggantikan Azar Azmi yang mengalami masalah kesihatan pada saat-saat akhir pementasan teater Pawana Isabella pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak zaman muda Umie Aida tak berlakon sembarangan

ARTIKEL BERKAITAN: Umie Aida nampak kalimah Allah di langit “Saya diamkan takut mata saya saja yang nampak tapi...”

Menurut pelakon filem Dukun ini, dia terpaksa melakonkan watak sebagai Puteri Barok dengan memegang skrip selepas menerima panggilan daripada pengarah, Erma Fatimah 20 minit sebelum pementasan bermula.

"Aku buat kerja gila malam semalam! 20 minit sebelum persembahan mula dapat call dari Erma minta tolong gantikan watak Azar Azmi kerana masalah kesihatan.

"What?! Dalam hati aku, gilakah? Aku tak tahu dialog, blocking, dah la dalam bahasa bangsawan.

Antara posting yang dikongsikan Umie di laman Instagram miliknya.

"Alasan Erma simple... hanya kau sahaja yang muat baju-baju Azar. Ha? Fasal muat baju sahaja Erma paksa aku jadi bidan terjun," katanya.

Menyifatkan ia sebagai kerja yang tidak pernah dilakukannya sepanjang bergelar pelakon, Umie yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 30 (FFM30) menyahut cabaran itu dan menganggap ia sebagai kenangan manis buat dirinya.

"Aku sahut cabaran ini walaupun memang kerja gila! Mana tak gila... first time aku tengok skrip dan tak dapat pun nak baca skrip sebelum persembahan mula fasal mengejar masa.

"Tapi aku bersyukur kerana semua pelakon Pawana Isabella banyak membantu aku semalam.

"Walaupun tidak dalam kesempurnaan ketika aku membawa watak Puteri Barok, tapi ianya menjadi pengalaman manis buat aku kerana menjadi bidan terjun untuk sebuah naskah yang penuh makna dan berganding dengan pelakon-pelakon hebat," katanya.

Anda menjadikan ia sejarah buat tahun 2019 ini. Sesuatu yang sangat menakjubkan. Pelakon terbaik untuk Istana Budaya

MOHAMED JUHARI SHAARANI

Pengarah Istana Budaya

Dalam pada itu, Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani atau lebih dikenali sebagai abang Joe turut memuji keberanian Umie menyahut cabaran itu.

Menurutnya, Umie berjaya membawa watak itu dengan begitu sempurna selain menyifatkan ia sebagai sejarah yang belum pernah berlaku di Istana Budaya.

"Sepanjang 20 tahun saya bekerja di Istana Budaya, tak pernah ada kes sebegini. You are the best! Adik abang yang terbaik.

"Anda menjadikan ia sejarah buat tahun 2019 ini. Sesuatu yang sangat menakjubkan. Pelakon terbaik untuk Istana Budaya.

"Tak pernah dalam sejarah Istana Budaya orang membaca skrip. Anda membawa watak itu dengan sempurna. Ianya cantik sangat," ujarnya.

Umie Aida, Pawana Isabella

Artikel Lain