suria

“Teruskan cium isteri kau bro... lepas tu post je!” - Ahya Rosli disuruh tayang hubungan intim dengan isteri

Ahya mempertikaikan aksi mesra pelakon lelaki dan wanita di televisyen yang bukan muhrim.

PELAKON dan model Ahya Rosli mempertahankan perbuatannya berkongsi foto dia mencium isteri, Shahirah Sanusi di media sosial sungguhpun menerima kecaman netizen.

Malah Ahya, 32, mempersoalkan mengapa masyarakat berdiam diri menonton aksi bercumbu pelakon lelaki dan wanita secara terbuka di televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Persembahan itu hanya hiburan” – Ahya dikecam saji tarian separuh bogel di majlis resepsi

"Kalau berlakon dalam TV boleh cium perempuan yang berlakon jadi isteri tu, tapi kalau cium isteri yang betul (ikatan sah) tak boleh letak dalam Instagram.

"Dia kata Islam tak ajar... Pakai otak la sebelum cakap dengan aku. #ciumisteripunnakviral #bagaitakadakerja #netizenjugabest," katanya.

Ahya berang segelintir netizen mengecam foto dia bercium dengan isteri.

Anak kepada dramatis veteran Normah Damanhuri ini memuat naik paparan skrin artikel yang menggunakan fotonya bersama isteri menerusi Instagram pada Selasa.

Ahya dan isterinya, Shahirah Sanusi mendirikan rumah tangga pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju bahawa tiada salahnya bagi pasangan suami-isteri bermesraan namun aksi tersebut tidak sepatutnya dijadikan tontonan umum.

"Tak salah pun laki bini (suami isteri) bercium. Yang salah kat sini anda dikenali. Anda muat naik di Instagram, semua tengok, tak sedap tu. Tak jadi isu pun kalau tak post.

"Tak salah tapi yang tengok Instagram zaman sekarang ni bukan orang dewasa sahaja tapi anak-anak kecil. Bayangkan waktu mereka lihat foto tersebut, apa yang mereka akan fikirkan.

Antara komen-komen netizen yang menyokong dan tidak bersetuju.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan netizen yang menyokong kenyataan Ahya dan menganggap seorang suami terbaik tidak malu menayangkan kemesraan bersama isteri di hadapan umum.

"Aku nasihatkan kau supaya teruskan cium isteri kau bro... lepas tu post je lantak la orang busy body ke apa. Suami terbaik adalah suami yang tak malu nak cium isteri depan orang ramai.

"Boleh pergi kecam artis-artis yang belum halal tapi bersentuhan. Kalau rasa diri tu belum sempurna, jangan tahu nak kecam orang. Nak tegur, DM bukannya duk komen.

"Setuju! Jadi diri sendiri. Biar orang nak kata apa," komen beberapa pengikut di laman sosial yang menyokongnya.

Ahya Rosli, Normah Damanhuri

Artikel Lain