suria

Shaheizy Sam tak terfikir nak ‘control’ isteri, “Orang utara memang gurau kasar”

Sam menganggap gurauan kasar oleh isterinya, Syatilla Melvin sebagai perkara biasa.

PELAKON Shaheizy Sam menganggap gurauan berunsur lucah oleh isterinya iaitu Syatilla Melvin sehingga mengundang kecaman netizen di laman sosial sebagai perkara biasa.

Malah Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 37, menyifatkan ia sebagai sesuatu yang istimewa kerana memahami isterinya itu berasal dari utara yang sememangnya terkenal dengan tingkah laku kasar.

ARTIKEL BERKAITAN:  Muka Shaheizy Sam dah macam mayat gara-gara tersilap diet

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan sekarang dah hilang malu” - Syatilla Melvin dikecam gara-gara foto berbaur lucah

“Saya anggap ia perkara biasa kerana dia adalah orang utara. Mereka adik-beradik kalau bergurau memang kasar sikit.

“Masa awal-awal saya kenal Tilla pun agak terkejut dengan gurauan dia. Tapi lama-kelamaan dah jadi biasa, mereka memang begitu.

Kapsyen dan foto yang dimuat naik Syatilla mengundang kecaman netizen.

“Mungkin gurauan kasar itu dia belajar daripada saya juga,” katanya kepada mStar.

Sam ditemui ketika Majlis Pelancaran Shaheizy Sam 20 Days Challenge di Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya, Isnin malam.

Dalam pada itu, aktor filem Polis Evo ini turut menyangkal jika ada pihak yang beranggapan gurauan kasar Syatilla akan membawa imej buruk terhadap keluarganya.

“Kadang-kadang kita buat benda baik pun orang kecam, orang tak suka. Dia (Syatilla) tak perlu nak memikirkan tentang orang sangat sebab mereka semua ada pendapat dan cara pemikiran masing-masing.

Saya tak rasa gurauan kasar mereka itu bawa imej buruk sebab kalau nak ikutkan gurauan saya sendiri lebih kasar dan terbuka berbanding mereka.

SHAHEIZY SAM

Pelakon

“Apa pun kalau adik-beradik mereka sendiri faham dan menerima cara gurauan begitu, tiada apa yang patut dipersoalkan. Bagi saya, ok sahaja dia bergurau begitu. Tiada apa yang saya perlu control. Terus terang, Instagram pun saya tak tengok sangat.

“Saya tak rasa gurauan kasar mereka itu bawa imej buruk sebab kalau nak ikutkan gurauan saya sendiri lebih kasar dan terbuka berbanding mereka,” katanya.

Sebelum ini, tindakan Syatilla memuat naik gambar berbaur lucah dengan memegang buah dada adiknya iaitu Syifa Melvin mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan memalukan yang dilakukan seseorang dengan imej bertudung dan beragama Islam lebih-lebih lagi pada bulan Syawal.

Lebih menarik perhatian netizen apabila kapsyen yang ditulis isteri kepada pelakon Shaheizy Sam pada gambar itu dianggap tidak senonoh dan menjijikkan.

Shaheizy Sam

Artikel Lain