suria

“Saya boleh jamin, bukan soal baran jadi masalah” - Shaarnaz nafi dakwaan sikap panas baran punca keretakan rumah tangga

Sharnaaz menafikan dakwaan sikap panas baran menjadi punca kemelut rumah tangga dihadapinya.

PELAKON Sharnaaz Ahmad berasa kurang senang dengan tindakan seorang netizen di Twitter yang memberi komen mengenai kemelut rumah tangga pelakon itu.

Menerusi posting dimuat naik wanita dikenali sebagai @AnisKhalidi pada Jumaat itu mendakwa sikap panas baran Sharnaaz menjadi salah satu punca keretakan rumah tangga yang dihadapi aktor berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kosong! Pertama kali saya tak dapat ungkap perasaan sendiri” - Isu isteri fail perceraian, Sharnaaz bimbang kenyataan keruhkan keadaan

ARTIKEL BERKAITAN: “Yang buat poster pun bahalol” - Sharnaaz Ahmad melenting, pereka grafik mohon maaf silap eja nama

"Biasalah... Orang baran takkan boleh berubah lepas kahwin.

"Mungkin ada faktor lain tapi aku percaya perangai baran Sharnaaz mesti salah satu daripadanya," tulisnya.

Kemelut rumah tangga Sharnaaz dan isteri kembali timbul selepas Nabila memuat naik gambar Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Komennya itu lantas mendapat perhatian Sharnaaz yang memberikan komen balas terhadap kenyataan wanita berkenaan.

Dalam nada berbaur sindiran, Sharnaaz turut menafikan sikap panas baran menjadi punca keretakan hubungan dengan isterinya iaitu Noor Nabila.

"Cik Anis yang manis, semanis wajah namanya, saya rasa awak telah menyelesaikan masalah rumah tangga saya hanya dengan satu kilas.

"Tahniah... tapi saya boleh jamin, bukan soal baran yang menjadi masalahnya.

"Harap cik Anis bahagia dunia akhirat," katanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyelarkan tindakan wanita yang sewenang-wenangnya mencampuri urusan rumah tangga pelakon berkenaan.

"Tak perlu buat pandai. Jaga keluarga sendiri sudah. Bodoh jangan tunjuk.

Tindakan wanita berkenaan menerima kecaman netizen di laman Twitter.

"Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Rumah tangga mereka, biar mereka yang tentukan hala tujunya. Kita sebagai hamba Allah hanya doakan yang baik-baik sahaja.

"Kau hingusan lagi adik. Kahwin dahulu, nanti baru reply semula tweet ini." ujar netizen.

Sebelum ini timbul desas desus kononnya perkahwinan Sharnaaz dan Nabila berdepan masalah, namun perhubungan mereka dilihat kembali pulih sejak Februari lalu.

Pasangan terbabit yang mendirikan rumah tangga melalui sebuah majlis yang meriah pada 31 Mac 2017 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden, Ogos lalu.

Sharnaaz Ahmad

Artikel Lain