suria

“Ini pertunjukan terakhir saya” - Anak AR Badul hantar mesej sebelum meninggal dunia terkena tembakan

Mejar Mohd. Zahir Armaya (gambar kecil) yang merupakan anak pelawak Ar Badul disahkan meninggal dunia pagi Rabu. FOTO AIR TIME

ANAK kepada pelakon komedi popular A R Badul iaitu Mejar Mohd Zahir Armaya meninggal dunia akibat tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu.

Berita itu disahkan isterinya iaitu Nour Shafinar Harun, 31, yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia akibat terkena tembakan raifal.

"Saya dimaklumkan tentang berita itu pada pukul 9 pagi tadi dan suami sempat menghantar mesej berkata bahawa itu pertunjukan terakhirnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahir minta ikan sembilang, “Dia kata nak balik kampung malam ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Hadirin, media terkejut demonstrasi berakhir tragedi! Ini detik cemas sebelum anak AR Badul meninggal dunia terkena tembakan

"Saya juga diberitahu tembakan itu tersasar sedikit lalu melepasi baju kalis peluru yang dipakai mangsa," jelasnya.

Sementara itu, AR Badul melahirkan rasa terkejut dengan berita tersebut dan sedang menunggu jenazah yang akan dibawa pulang petang Rabu.

Pasukan perubatan anggota tentera memberi rawatan kepada seorang pegawai tentera Grup Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya, yang merupakan anak kepada pengarah dan pelakon AR Badul. Foto: BERNAMA  


Jenazah dijadual akan disembahyangkan di masjid Kem Wardieburn, Setapak sebaik tiba dari Kota Kinabalu. Ia akan dikebumikan di Ipoh, Perak iaitu berdekatan rumah keluarga Nour Shafinar.

"Ya betul berita tentang anak saya itu dan sekarang masih lagi menanti berita daripada pihak tentera di Sabah. Jenazah akan dibawa pulang dan dikebumikan di Ipoh, Perak," ujarnya ringkas kerana masih terkejut dengan kejadian menimpa.

Allahyarham Mejar Mohd. Zahir ialah anak AR Badul dengan bekas isteri bagi perkahwinan keduanya Rusunjan Mohammad, 57, yang kini tinggal di Tuaran, Sabah.

Beliau merupakan pegawai kanan tentera bersama pasukan Rejimen Gerak Khas, Kem Sungai Udang, Melaka.

Saya dimaklumkan tentang berita itu pada pukul 9 pagi tadi dan suami sempat penghantar mesej berkata bahawa itu pertunjukan terakhirnya

NOUR SHAFINAR HARUN

ISTERI MOHD ZAHIR

Perkahwinan Allahyarham bersama Nour Shafinar mereka memperoleh seorang cahaya mata berusia enam bulan manakala dua orang lagi menerusi perkahwinan terdahulu Mohd Zahir.

Mohd Zahir turut memiliki dua lagi anak tiri iaitu hasil perkahwinan Nour Shafinar dengan bekas suaminya terdahulu.

Semasa kejadian, Mohd Zahir menyertai demonstrasi yang dipersembahkan beliau kira-kira pukul 8.30 pagi dan kumpulan demonstrasi itu adalah persembahan ketiga yang dilakukannya.

Mangsa memakai berbaju putih, bertopeng dan beraksi sebagai penjenayah yang ditembak mati oleh anggota tentera.

Gambar kenangan Mejar Mohd Zahir Armaya bersama tiga anak hasil perkahwinannya dengan Nour Shafinar Harun.

Allahyarham dikatakan melepaskan tembakan kepada rakannya dalam demonstrasi itu dan ia terkena pada baju kalis peluru yang dipakai pegawai tersebut.

Bagaimanapun ketika tembakan balas dilepaskan, ia dikatakan telah tersasar dan terkena di belakang badan Allahyarham menyebabkan dia rebah.

Bagaimanapun mangsa dibawa ke tepi sebelum persembahan ditamatkan namun dia didapati tidak sedarkan diri.

Mangsa yang cedera kemudian diberi rawatan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan disahkan meninggal dunia.

AR Badul, Mejar Zahir Armaya

Artikel Lain