suria

“Mereka mesra di luar tapi tak pernah bersentuhan” - Adik Nadzmi Adhwa sangkal aksi malu-malu sarung cincin hanya lakonan

Reaksi malu-malu Nadzmi dan Ardell sebelum ini mengundang kecaman netizen.

VIDEO pasangan selebriti pelakon Nadzmi Adhwa dan isterinya Ardell Aryana ketika menyarung cincin selepas diijab kabulkan pada Sabtu lalu menjadi perhatian netizen.

Segelintir netizen berpendapat bahawa adegan malu-malu itu sekadar lakonan semata-mata, ia berikutan pasangan itu mempunyai hubungan rapat sebagai teman baik sebelum mengambil keputusan berkahwin.

Susulan itu, adik kepada Nadzmi Adhwa iaitu Nadzim Adzham tampil menjelaskan abangnya sentiasa menjaga pergaulan sepanjang lapan tahun mereka berkawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi Adhwa sah suami Ardell Aryana

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell lamar Nadzmi Adhwa dengan Al-Quran, “Saya mahu dia khatamkan dan fahami sebelum terima”

"Ramai yang cakap itu dan ini. Janganlah terlampau mengecam ya wahai manusia.

"Aku pun terkejut bila mereka malu-malu bila nak sarung cincin.

Antara komen yang ditinggalkan netizen di media sosial.

"Memang mereka mesra bila dekat luar tapi tak pernah bersentuhan selama aku ada dengan mereka. Aku memang 'salute'. Abang aku lemah lembut, kakak Ardell pula jenis yang tegas. Ini kan mahu bersentuhan," katanya.

Nadzim memuat naik penjelasan itu menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.

Selain itu Nadzim menegaskan, selaku individu yang dekat dan mengenali abangnya itu dengan baik menegaskan reaksi malu-malu Adhwa ketika menyarungkan cincin ke jari manis Ardell juga bukanlah suatu lakonan.

"Walaupun mereka pelakon tapi semua yang dirakam bukan lakonan... aku bukan nak tunjuk bagus, cuma kadang-kadang mulut orang ni hanya tahu menilai orang dari rupa paras dan kerjaya mereka.

"Kenal dulu seseorang itu berdasarkan percakapan dan ilmu yang disampaikan. Bukan dari rupa paras... aku sendiri kenal abang aku," ujarnya.

Tidak mahu mengunci mulut, Nadzmi turut meminta orang ramai untuk tidak menilai tanpa mengenali dirinya terlebih dahulu.

Orang yang kenal aku tahu aku takkan cakap pun benda macam ni... jadi jangan nak nilai kalau tak kenal aku

NADZMI ADHWA

Pelakon

"Orang yang kenal aku tahu aku takkan cakap pun benda macam ni... jadi jangan nak nilai kalau tak kenal aku.

Pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan Selangor pada Ahad.

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, menerima hantaran senaskhah Al-Quran dan mas kahwin RM300 serta masing-masing menyerahkan dua dulang hantaran.

Bagaimanapun, video pernikahan pasangan itu menjadi buah mulut netizen apabila Ardell dilihat menggigil ketika Adhwa ingin menyarungkan cincin ke jari manisnya.

Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana

Artikel Lain