suria

“Tak gurau Mi” trademark popular Asif, ketahui 15 trivia menarik remaja autisme penghibur hati rakyat Malaysia

Asif cukup dikenali dengan karakternya yang bersahaja serta malu dengan wanita.

GELAGAT bersahaja Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif cukup menghiburkan dan berjaya menceriakan netizen.

Kemunculan remaja istimewa ini menerusi drama pendek di saluran YouTube berjaya mengangkat popularitinya dalam masa singkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Asif, Syahmi kembali bergabung! Tapi ada syarat... keluarga minta kontrak, mesti ada 'hitam putih' bayaran gaji

ARTIKEL BERKAITAN: “Abah... kenapa abah?” - Ini cerita sebenar kemelut Asif dan Syahmi, status bayaran berlakon 'Drama Spontan' juga sudah jelas

ARTIKEL BERKAITAN: Asif gemar berlakon tapi sukar hafal skrip, Syahmi Sazli muncul idea 'Drama Spontan'

Apa sahaja video yang dimuat naik melibatkan Asif pasti akan mendapat sambutan sehingga mencecah jutaan tontonan.

Namun siapa Asif sebenarnya? Berikut adalah info menarik yang mStar sediakan mengenai Asif.

Asif, Muhammad Ashrul Hakim Lukman atau Yoe Parey dan Syahmi cukup terkenal dalam kalangan netizen.

1. Nama sebenar Asif ialah Mohd Asyiff Suhaimi, berasal dari Kelantan dan kini berusia 17 tahun.

2. Asif merupakan anak sulung yang menghidap masalah mild autisme dan mempunyai seorang adik lelaki bernama Asyraff berusia 16 tahun hasil perkahwinan keempat bapanya.

Selain itu, Asif juga mempunyai tujuh adik-beradik berlainan ibu.

3. Asif dan adiknya terpaksa berhenti sekolah kerana kehidupan keluarga yang daif. Sumber pendapatan utama keluarganya hanya bergantung kepada ibu Asif yang menerima gaji harian.

Antara drama pendek spontan yang menerima paling banyak tontonan di Youtube.

4. Nama Asif mula menjadi sebutan ramai selepas sepupunya iaitu Syahmi Sazli, 24, menghasilkan Drama Spontan yang kemudiannya tular di media sosial sehingga mengubah kehidupan Asif dan Syahmi menjadi antara YouTubers paling berpengaruh di negara ini.

5. Asif juga dikenali dengan trademark "Tak gurau Mi".

6. Idea sepupunya untuk menghasilkan video pendek itu timbul secara kebetulan apabila Syahmi gemar menyakat Asif dan terhibur dengan reaksi adik sepupunya itu.

Syahmi bijak menyelitkan topik dan isu semasa yang dekat dengan masyarakat antaranya isu harta pusaka, hubungan suami isteri dan cinta monyet.

Asif (kanan) dan Syahmi (kiri) adalah sepupu.

7. Kreativiti Syahmi menghasilkan video di Youtube ternyata mengubah peribadi Asif yang dahulunya seorang yang pemalu dan tidak suka ke hadapan.

8. Dialog yang diungkapkan Asif dalam lakonannya adalah secara spontan, tiada skrip disediakan kerana dia mengalami kesukaran untuk menghafal.

Syahmi selaku pengarah hanya akan menerangkan secara lisan, selebihnya terpulang kepada kreativiti Asif.

9. Sebelum menjadi personaliti media sosial, Asif lebih suka menyendiri.

Asif dan Syahmi pernah menjadi tetamu dalam segmen What The! terbitan mStar.

10. Sebelum ini Asif seorang yang penakut dan akan bersembunyi di belakang pintu jika didekati seseorang. Bagaimanapun, Asif lebih gemar bercampur dengan lelaki lebih berusia daripadanya.

11. Antara talent wanita yang pernah berlakon dengannya sebelum ini, Asif lebih selesa bersama Wanie Rohaimie walaupun mengetahui wanita itu sudah berkahwin.

Jika disoal mengenai teman wanita, nama Wanie pasti akan meniti di bibir remaja istimewa ini.

12. Mungkin ramai yang tidak tahu, Syahmi pernah memaklumkan bahawa Asif hanya mengenali nilai wang kertas RM1.

13. Kebiasaannya Asif akan tidur pada waktu siang.

Asif sangat berminat dalam bidang lakonan namun mempunyai kesukaran menghafal skrip.

14. Asif menerima bayaran sebanyak RM200 bagi setiap video yang dilakonkannya.

Selain itu Syahmi turut memberi ganjaran kepada Asif dalam bentuk barangan keperluan harian dan pakaian.

15. Akaun Instagram @asifsuhaimi02 kini dikendalikan oleh kakaknya, Siti Nurul Atina Suhaimi.

Asif, Syahmi Sazli, Yoe Parey

Artikel Lain