suria

“Majlis merisik permintaan keluarga lelaki” - Elly Mazlein teruja rancang lima majlis 'back to back', bertunang dalam masa terdekat

Elly Mazlein meluahkan rasa terharu apabila bakal suami dan mentuanya berhasrat untuk mengadakan majlis merisik istimewa untuknya. FOTO: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

PELAKON Elly Mazlein meluahkan perasaan terharu apabila bakal suami dan mentuanya berhasrat untuk mengadakan majlis merisik semata-mata kerana dia tidak pernah melalui pengalaman istimewa itu sebelum ini.

Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom berkata majlis yang akan diadakan dalam masa terdekat itu sebagai memenuhi permintaan bakal suami dan mentuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein tayang sanggul lintang, pelamin untuk malam berinai, “Bila majlis kahwin, tak sabar nak tengok!”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu nikah di surau, kali ini Kak Lina Pom Pom nak kahwin meriah... “Kebetulan bakal suami pun tak pernah berkahwin”

"Saya buat majlis merisik sebenarnya untuk keluarga, saya berterima kasih kepada bakal suami dan mentua sebab mereka yang nak adakan majlis merisik untuk saya kerana saya tak pernah merasa sebelum ini.

"Saya tak minta untuk mereka adakan majlis itu tetapi mereka nak buat jadi saya terharu sangat," ujarnya kepada mStar.


Elly Mazlein bakal bergandingan dengan Datuk AC Mizal sebagai pengacara bagi ABPBH ke-32.

Elly ditemui pada Majlis Pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH 32) di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Elly berkata dia juga merancang untuk mengadakan lima majlis sempena perkahwinannya.

Tambah Elly, dia dan lelaki bujang berusia 28 tahun itu bakal mengikat tali pertunangan selama setahun.

"Sebenarnya saya tak sabar nak tunggu majlis ini. Semua sekali ada lima majlis 'back to back', kali ini kami akan buat majlis merisik, majlis sambut menantu, bertunang termasuk malam berinai.

Sebenarnya saya tak sabar nak tunggu majlis ini. Semua sekali ada lima majlis 'back to back', kali ini kami akan buat majlis merisik, majlis sambut menantu, bertunang termasuk malam berinai

ELLY MAZLEIN

Pelakon

"Setakat ini semuanya dalam proses yang pasti akan ada malam dengan tema Che Siti Wan Kembang. Dalam majlis berinai nanti akan diadakan dikir barat juga.

"Kami juga takkan bertunang lama-lama. Ikat hanya sebulan sahaja," katanya.

Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun.

Elly Mazlein, merisik

Artikel Lain