suria

“Kepala terhantuk kuat di dashboard, trauma nak memandu” - Risteena kongsi detik cemas ketika kemalangan

Risteena berkongsi detik cemas ketika terlibat dalam kemalangan di Jalan Tun Razak, berhadapan dengan Institut Jantung Negara (IJN) pada awal pagi Ahad.

PELAKON Nur Risteena menceritakan detik cemas ketika terlibat dalam kemalangan membabitkan kereta jenis Kia Sportage yang dipandu adiknya, Riesya Sharmin awal pagi Ahad.

Menurut Risteena, sebuah kereta muncul secara tiba-tiba dari arah hadapan sehingga menyebabkan adiknya tidak sempat menekan brek.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ruhainies patah pergelangan tangan, keluarga terlibat kemalangan selepas sambutan hari lahir bapa

Risteena mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.

"Kejadian berlaku akibat kereta yang tiba-tiba datang dari arah depan kereta saya dengan secara melintang. Tak sempat langsung nak brek sebab dari jarak yang dah terlalu dekat.

"Terpaksa berlanggar. Hentakan terlalu kuat. Hanya mampu minimumkan perlanggaran. Walaupun kepala dah atas dashboard. Alhamdulillah berjaya mengawal stereng dari masuk ke jalan sebelah yang melawan arus.

"Sehingga kereta diseret ke jalan sebelah kiri dan terhenti sendiri. Lepas kereta berhenti, saya pastikan semua keluarga saya turun dari kereta dulu dan duduk di tempat selamat.

"Masa tu rasa diri kuat bila tengok semua masih dalam keadaan sedar dan mampu berjalan sendiri. Lepas tu baru sedar tangan mama patah. Perasaan masa tu Allah je yang tahu," katanya.

Alhamdulillah keadaan semua okay cuma saya terkilan bila pergelangan mama saya patah dan akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

Risteena

Pelakon

Menerusi laporan mStar pada Ahad, adik kepada Risteena iaitu Ruhainies memberitahu kejadian tersebut berlaku selepas pulang daripada menyambut hari jadi bapa mereka.

Dalam pada itu, biarpun berasa sedih apabila kejadian itu mengakibatkan pergelangan ibunya patah, namun Risteena bersyukur ayah dan adiknya tidak mengalami kecederaan yang serius.

Tambahnya, buat masa ini dia masih dalam keadaan trauma untuk memandu dan menganggap ia satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Keadaan kereta yang dipandu adik Risteena (kanan) dan kereta yang muncul secara melintang.

"Alhamdulillah keadaan semua okay cuma saya terkilan bila pergelangan mama saya patah dan akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat. Keadaan ayah dan adik yang terhantuk kuat juga merisaukan saya tapi Alhamdulillah tak ada yang serius.

"Keadaan saya Alhamdulillah okay. Cuma sedikit lebam kesan hentakan yang kuat dan masih dalam trauma untuk memandu buat masa sekarang.

"Satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup saya. Namun saya bersyukur pada Allah masih memelihara kami walaupun mengalami kemalangan yang agak teruk," ujarnya.

Nur Risteena, Ruhainies

Artikel Lain