suria

“Memperkenalkan Muhammad 'Ali”- Alif Satar dedah wajah dan maksud nama anak ketiga

Alif Satar dan isteri, Shadila mendedahkan wajah dan maksud nama anak ketiga mereka.

ISTERI kepada penyanyi Alif Satar iaitu Shadila Halid mendedahkan wajah dan mengumumkan nama anak ketiga mereka iaitu Muhammad 'Ali.

Menurut Shadila, nama tersebut memiliki maksud yang baik dan berharap ia mampu memberikan keberkatan sepanjang hidup anak lelakinya itu.

"Memperkenalkan Muhammad ‘Ali bin Muhammad Alif. Muhammad bermaksud yang terpuji, yang dirahmati dan ‘Ali bermaksud yang tinggi kedudukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar timang bayi lelaki pada ulang tahun kelahirannya

"Nama itu berasal dari rasul kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW dan Ali ibn Abi Talib pula adalah sepupu dan menantu Nabi Muhammad.

Shadila menjelaskan maksud nama anak ketiganya itu.

"Muhammad Ali juga nama ahli sukan iaitu petinju kegemaran Alif Satar dan semoga makna nama ini diserap ke dalam minda dan jiwa selamanya... Ali, mommy loves you!," katanya.

Shadila selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.54 kilogram di sebuah pusat perubatan di Bangsar, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11.21 malam Khamis.

Lebih istimewa kehadiran cahaya mata lelaki pertama itu pada ulang tahun kelahiran ke-29.

Alif dedah wajah anak lelakinya di laman Instagram.

Sementara itu, Alif pula mengucapkan ribuan terima kasih atas doa yang diberikan oleh peminat dan mengakui tidak sabar untuk membawa bayinya pulang ke rumah.

"Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga, setiap doa sangat bermakna.

"Saya baca semua komen dan doa anda. Tak sabar nak bawa 'Ali balik rumah beberapa hari lagi," katanya.

Terdahulu, Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca yang kini berusia dua tahun.

Ali, Alif Satar

Artikel Berikut

Artikel Lain