PENYANYI Aweera melahirkan rasa terkejut dan bingung apabila menerima mesej peribadi daripada seorang wanita tidak dikenali di Instagram. Menurut Aweera, 28, dia hairan apabila pemilik akaun tersebut menulis mesej seolah-olah dia mempermainkan perasaan wanita itu. "Tak tahu datang dari mana, kenal pun tidak tiba-tiba mesej aku macam ni, gila ke apa? Tiba-tiba hantar mesej (dakwa) yang aku ni bagi harapanlah... cakap aku bohonglah! ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak pernah main-mainkan nama Allah” - Aweera "Adeh, aku dah empat tahun hidup single ni dey... makcik tolong jangan timbulkan fitnah, aku tak pernah kacau orang tolong jangan kacau aku. "Apalah yang tak puas hati sangat dengan aku ni, aku bukannya famous mana pun... aduhai manusia!," katanya menerusi Instagram pada Selasa. Aweera tidak pernah memainkan perasaan mana-mana wanita. Bersama kapsyen tersebut, Aweera turut memuat naik paparan skrin mendedahkan isi kandungan mesej peribadi yang diterimanya daripada wanita tersebut. Pengirim berkenaan meluahkan rasa kecewa dengan sikap Aweera yang didakwa mempermainkan perasaannya dengan menghilangkan diri tanpa dapat dikesan. "Untuk selamanya kamu boleh sakiti aku tapi ingat karma itu ada. Apalah ini kelakuan seorang Aweera yang terhormat, apakah sudah tiada hati murni sebagai seorang Islam yang baik. Aweera berkongsi isi kandungan mesej yang dihantar wanita tidak dikenali itu. "Hati aku hancur sekejap, apa alasanmu menghilang daripada aku, jawab aku jangan jadi pengecut. Hilang tanpa alasan, kenapa abang datang hanya untuk memberi," tulis wanita itu. Sementara itu, penyanyi lagu Terhakis ini meminta pengikut serta orang ramai berhati-hati dengan pemilik akaun tersebut. "Awas kawan-kawan... takut korang yang di mesej olehnya. Guys, hati-hati dengan pemilik Instagram ini," ujarnya. Hasil tinjaun mStar di akaun tersebut mendapati pemiliknya wujud, namun dipercayai bukan berasal dari Malaysia.