suria

Suraya Borhan hamil selepas enam tahun menunggu - “Sudah buat pelbagai rawatan... sampai satu tahap saya reda”

Suraya bakal bergelar ibu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

SELEPAS melakukan pelbagai usaha selama enam tahun, akhirnya penyampai radio Suria, Suraya Borhan mengumumkan berita gembira bahawa dirinya kini hamil tiga bulan.

Suraya, 37, berkata, sepanjang tempoh enam tahun itu, dia dan suami Mohd Johanif sudah menjalani pelbagai kaedah dan rawatan sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa macam diberi satu lagi nyawa” - Suraya Borhan

"Pada tahun pertama, saya ada berjumpa dengan beberapa orang doktor untuk melakukan pemeriksaan, namun saya tidak berdepan masalah cyst ataupun fibroid. Dia dan suami juga melakukan kaedah tradisional seperti berurut.

"Doktor sarankan saya untuk menjaga pemakanan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang diproses. Saya juga turut mengamalkan makanan sunnah seperti kurma dan buah delima.

"Macam-macam sudah saya lakukan termasuklah bercuti dengan suami setiap tahun untuk eratkan keintiman," ujarnya kepada mStar pada Khamis.

Suraya mendirikan rumah tangga dengan Mohd Johanif Mohamed Nadzirin pada April 2013.

Suraya mengumumkan dirinya hamil tiga bulan.

Suraya berkata, dia hampir berasa putus asa untuk meneruskan sebarang rawatan selepas tiga tahun perkahwinannya.

"Sampailah tiga tahun menunggu dan sampai satu tahap saya reda. Namun rakan-rakan sekeliling banyak beri galakan dan meminta saya meneruskan rawatan lagi. 

"Maka saya pun jumpa doktor pada tahun kelima dan diberi saranan untuk mengambil supplement seperti vitamin e, multi vitamin dan juga zink. Alhamdulillah saya disahkan hamil pada Jun," katanya.

Sementara itu, Suraya berkata, ikhtiar untuk mendapatkan zuriat memerlukan pengorbanan dan komitmen penuh daripada pasangan suami isteri.

"Mungkin selepas kami menjaga pemakanan, menjaga waktu tidur dan mengurangkan stress salah satu faktor saya hamil," ujarnya.

Suraya Borhan, hamil

Artikel Lain