PENYAMPAI radio Suria FM, Sharifah Shahirah menafikan dakwaan seorang individu kononnya dia terlalu berkira mengeluarkan bayaran bagi kelas mengaji anak-anaknya. Menurut Shahirah atau lebih dikenali Shiera, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah kerana dia tidak meminta kelas mengaji percuma, sebaliknya hanya meminta dikurangkan bayaran bulanan. "Lain aku tulis lain dibaca, jatuh fitnah... kelakar ni! Kalau cakap rumah ada swimming pool tapi mengaji minta murah lainlah! ARTIKEL BERKAITAN: Shiera Tak Pernah Ada PA Tapi Mampu Urus Kerja Dengan Baik "Mengaji minta free? Saya cakap mengaji minta berpada-pada... tahniah fitnah, terima kasih! Mengaji sekali datang RM150, 10 kali datang RM1500, swimming pool 12 kali (selenggara) RM300. "Anak mengaji aku mengaji aku bayar... tapi kalau sebulan bayar RM600, 10 kali datang oklah! Menyimpang je follower yang suka fitnah, acik pening... mengaji minta free?," katanya menerusi Instagram pada Khamis. Shiera menjawab komen seorang netizen di Instagram. Sebelum itu, Shiera berkongsi mengenai kesukaran proses mendapatkan permit pekerja asing untuk pembantu rumah. Namun, muat naiknya itu dicemari komen negatif daripada seorang netizen yang membuat tuduhan kononnya Shiera sanggup membayar kos penyelenggaraan kolam renang di rumah, namun berkira dalam membayar guru mengajar Al-Quran untuk anak-anaknya. "Rumah akak ke yang ada kolam renang tu? Hebat ye kak! Rumah besar ada swimming pool tapi ngaji minta free. Saya bukan orang baik atau pandai kak, buktinya saya jadi pengikut akak... dulu asalnya kami ni follow akak nak dengar akak berceloteh je, tak terfikir pun nak follow urusan agama keluarga akak. "Sekarang pun kami tak tahu sebenarnya, mungkin anak akak mengaji tapi akak tak pernah tunjuk kat Instagram. Siapa tahu kan? Semoga Allah melimpahkan akak rezeki yang murah melimpah di dunia dan akhirat," komen netizen tersebut. Shiera bersama suaminya, Ijoy. Dalam pada itu, Shiera turut meminta netizen tersebut menghubunginya secara peribadi jika terdapat sebarang rasa tidak puas hati. "Aku ni DJ zaman sekarang kurang ilmiah... tapi ada lagi manusia yang lain lagi cetek jatuh fitnah. Baca kapsyen betul-betul, supaya hidup positif dan jangan salah sangka selalu. "Lain kali sila DM (mesej peribadi) nak tahu, nak nasihat... suruh sabar, sabar lah tapi ini kelakar," katanya. Perkongsian Shiera itu turut menarik perhatian pengikut dan rakan-rakan artis antaranya Datuk Afdlin Shauki, Nourul Wahab, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Tyzo.