KEHIDUPAN dan aktiviti harian penyanyi Datin Alyah yang dimuat naik di laman Instagramnya sentiasa menjadi perhatian netizen. Terbaharu, perkongsian foto penyanyi itu ditegur seorang netizen apabila memperlihatkan bahagian pergelangan tangannya. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen cari Tok Ram dalam gambar, tanya kenapa duduk jauh daripada Alyah - “Takkan nak duduk atas riba?” Bagaimanapun, memikirkan dirinya masih aktif dalam bidang seni, Alyah enggan berdebat isu yang boleh mencetuskan perbalahan di laman sosialnya. Alyah berterima kasih atas teguran itu. "Selagi saya menyanyi, saya tak nak bahaskan isu-isu yang boleh mendatangkan pergaduhan... Terima kasih atas teguran tapi saya tak mampu nak puaskan hati awak. "Allah SWT tahu apa yang ada di dalam hati saya," kata Alyah membalas komen individu tersebut. Menerusi komen individu tersebut meminta isteri kepada pengarah muzik Datuk Ramli MS itu lebih berhati-hati dalam penampilannya selepas ini. "Semua tutup dah tapi kenapa bahagian pergelangan tangan ternampak lagi... Hati-hati," tulisnya. Perkongsian Alyah di laman sosial sentiasa menjadi perhatian. Rata-rata netizen memuji kecantikan Alyah dan berpendapat individu tersebut sepatutnya mesej secara peribadi di Instagram penyanyi itu. Sebelum ini, Alyah berkongsi foto bersama keluarga menerima kritikan netizen yang mempersoalkan kedudukan dia dilihat berada jauh daripada suaminya. Susulan itu, penyanyi lagu Meluruh mempertikaikan sikap netizen yang sering memandang negatif dalam setiap tindakannya.