REAKSI spontan penyanyi Neeta Manisha memeluk Han Byul selepas pengumuman pemenang di Konsert Akhir Big Stage musim kedua yang berlangsung pada Ahad lalu mengundang rasa kurang senang penonton. Tindakan Neeta dan Han Byul berpelukan ketika program itu sedang bersiaran langsung dikatakan kurang sopan dan tidak sesuai dipertontonkan kepada umum. Enggan membiarkan isu ini terus menjadi perbualan netizen, Neeta, 25, menjelaskan dia dan Han Byul bukan beragama Islam dan hubungan mereka rapat sejak awal pertandingan lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Han Byul juara Big Stage musim kedua "Saya ingin jelaskan... kalau yang belum tahu, saya bukan Muslim sama seperti Han Byul, benda (berpeluk) tu bukan saya nak kata salah atau betul. Neeta dan Han Byul mula berkawan baik sejak menyertai Big Stage. "Semasa dia peluk itu takkan saya nak tolak pula kan? Lagipun setiap kali berjumpa kami memang akan berpeluk sebagai kawan dan tak lebih daripada itu. Lapan minggu kami bersama, hubungan itu semakin rapat. "Saya harap tak ada yang tersinggung, mungkin orang tak tahu kami bukan Muslim dan dalam hal ini saya tak salahkan penonton!," katanya kepada mStar. Pada pentas akhir Big Stage Han Byul dinobatkan sebagai juara, manakala Neeta menduduki tempat kedua, diikuti Adzrin dan Irfan Haris. Nak tegur tu boleh tapi gunakan ayat yang baik. Kalau kita tak tahu lebih baik bertanya! NEETA MANISHA Penyanyi Peserta tunggal dari Indonesia iaitu Dinda Permata di tempat kelima. Sementara itu, penyanyi berdarah kacukan Cina dan India ini meminta netizen menggunakan media sosial dengan cara berhemah dan menyebarkan perkara positif. Sebahagian komen yang ditulis netizen mengenai tindakan spontan Han Byul dan Neeta di laman Twitter. "Kalau boleh gunakan internet untuk menyebarkan benda-benda positif. Kuasa internet ini besar dan satu tulisan negatif akan dibaca oleh ramai orang. "Nak tegur tu boleh tapi gunakan ayat yang baik. Kalau kita tak tahu lebih baik bertanya, saya harap selepas ini kalau nak tulis di media sosial janganlah marah-marah atau garang-garang ya!," ujarnya. Dalam perkembangan lain, vokalis kumpulan IamNEETA ini memberitahu selepas tamat program tersebut dia akan mempromosikan single terbaharu berjudul Ruang Mimpi.