PENYANYI Kaka Azraff selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat. Khabar gembira itu dimaklumkan suaminya, Adam Azriff menerusi posting yang dimuat naik ke akaun Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff akhirnya jadi isteri Adam Azriff ARTIKEL BERKAITAN: Baru kahwin empat hari, Kaka Azraff dedah sikap sebenar suami Menurut Adam, kedua-dua bayi dan isterinya berada dalam keadaan sihat dan stabil. Antara perkongsian yang dimuat naik Adam di Instagram. "Alhamdulillah, terima kasih atas kasih sayang dan doa kalian. "Segalanya dipermudahkan, isteri saya dalam keadaan stabil dan bayi lelaki pemberian Allah kepada kami kuat dan berada dalam keadaan sihat. Hari paling bahagia buat isteri dan keluarga kami," tulisnya ringkas. Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 29, dan Adam disatukan sebagai suami isteri pada 14 Disember 2018 selepas dirisik oleh keluarga Adam pada 27 November tahun sama. Segalanya dipermudahkan, isteri saya dalam keadaan stabil dan bayi lelaki pemberian Allah kepada kami kuat dan berada dalam keadaan sihat. ADAM AZRIFF Suami Kaka Azraff Sementara itu, peminat dan teman rapat Adam turut meluahkan rasa gembira dengan mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. "Alhamdulillah, tahniah Kaka & Adam! Tak sabar untuk berjumpa si kecil itu! "Tak sangka Allah makbulkan doa kamu untuk lihat bayi kamu dilahirkan pada hari Jumaat... hari penuh barakah," tulis salah seorang sahabatnya.