suria

“Tiada istilah tumpang rezeki Ernie Zakri” - Syamel

Syamel menafikan berkongsi rezeki menerusi tawaran bekerja dengan Ernie Zakri.

PENYANYI Syamel menganggap dakwaan menumpang populariti atau rezeki rakan duetnya Ernie Zakri hanya menjatuhkan semangatnya untuk berkarya.

Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 26, berkata, dia memiliki kekuatan tersendiri dan tiada istilah menumpang rezeki antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Perasaan Gementar Syamel Hilang Melihat Wajah Ernie Zakri

ARTIKEL BERKAITAN: Syamel zahirkan keinginan adakan konsert tapi bimbang orang tak datang

"Apabila saya sering digandingkan bersama, saya tak mahu lihat sesiapa diantara kami yang menumpang rezeki siapa.

"Perkara sebegini saya anggap sesuatu yang berbaur seperti untuk menjatuhkan semangat.

"Pada saya isu seperti itu tidak wujud kerana kalau tak ada kami berdua, benda tak jadi juga," katanya kepada mStar.


Syamel menganggap dakwaan itu menjatuhkan semangatnya untuk berkarya.

Tambah penyanyi lagu Aku Cinta ini lagi, sejak dahulu lagi ada pihak yang seolah-olah cuba melagakan dia dan Ernie namun enggan mengambil kisah mengenai perkara itu.

"Ia bukan isu baharu... tetapi sejak dulu lagi, selepas Duo Star, mereka pernah cakap dekat Ernie dan sekarang orang cakap dekat saya pula.

"Ada juga yang cakap nasib baik saya dengan Ernie kalau tak saya tak dikenali.

"Ianya selalu berpusing-pusing dan menjatuhkan semangat saya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Syamel bakal mengeluarkan single terbaharu yang akan dilancarkan pada November.

Hubungan mereka berantakan kerana sikap tidak setia. Lagu ciptaan saya sangat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.

SYAMEL

Penyanyi

Mengangkat tema curang dalam lagu ciptaannya itu, Syamel berkata, dia mendapat ilham melalui pemerhatian terhadap sikap curang yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat kini.

Syamel bagaimanapun menafikan sekiranya lagu ciptaannya itu bertujuan untuk menyindir mana-mana individu.

“Semua orang pernah curang dan hasil kajian juga menunjukkan 90 peratus pasangan bercinta dalam lingkungan usia 23 hingga 29 tahun berpotensi untuk curang.

“Hubungan mereka berantakan kerana sikap tidak setia. Lagu ciptaan saya sangat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Liriknya juga tidaklah sensitif manapun.

“Cuma, terpulang pada mereka yang mendengarnya. Untuk lagu single terbaru ini, saya nyanyikan sebagai seorang yang pernah menjadi mangsa curang," tambahnya.

Syamel, Ernie Zakri

Artikel Lain