suria

Kamal Chilok meninggal dunia selepas 2 hari koma, isteri pula hamil anak sulung

Kamal Chilok meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

SELEPAS koma dua hari akibat kemalangan jalan raya, pelawak Kamal daripada kumpulan Chilok menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.15 petang, Sabtu.

Menurut saudara Allahyarham yang juga penyampai radio, Isma Halil Hamzah, Kamal meninggal dunia di Hospital Putrajaya kerana komplikasi akibat kemalangan tersebut.

Sementara itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke kampung halaman di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang, Selangor dan dikebumikan pada pagi Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Kamal Chilok koma terbabit kemalangan selepas ‘COD’ patin tempoyak

Kamal atau nama sebenar Mohd Kamal Shah Saharuddin, 30, meninggalkan seorang isteri dikenali Bea Zhari yang kini sedang hamil anak sulung.

Pada Khamis, Kamal terbabit kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang selepas menghantar tempahan patin tempoyak seorang pelanggan di Putrajaya.

Dia mengalami kecederaan pada anggota badan serta pendarahan pada kepala dan tidak sedarkan diri.

Terdahulu, Kamal menyertai kumpulan KRONI dalam Muzikal Lawak Superstar (MLS) dianggotai oleh Achok Cilok, Kamal Chilok dan Wani Kayrie.

Kamal Chilok

Artikel Lain