PESERTA Gegar Vaganza musim keenam, Naqiu Boboy tidak terkesan dengan tindakan netizen yang menyamakan imej terbaharunya seperti pelakon Iqram Dinzly. Sebaliknya, Naqiu menganggap kritikan itu sebagai cabaran baharu untuk dia kembali semula dalam industri seni tanah air. ARTIKEL BERKAITAN: “No more halal next week!” - Beri peluang minggu pertama, Ramli MS minta peserta GV6 lebih kreatif “Saya tak pernah terkesan dengan komen orang sebab benda sebegitu adalah lumrah. “Sejujurnya saya banyak juga dapat komen yang mengatakan imej saya sekarang seperti Kpop... ianya bukan sebab trend tapi saya memang suka style ini cuma sebelum ni saya tak tahu macam mana nak buat. “Tapi sekarang saya dah ada stylist, saya hanya perlu minta kalau saya nak buat style yang saya suka,” katanya kepada mStar. Naqiu masih mencari imej yang sesuai. Naqiu ditemui pada sidang media selepas selesai membuat persembahan pertama GV2019 yang diadakan di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad. Dalam pada itu, Naqiu mengakui masih mencari imej sesuai buat dirinya selepas hampir 12 tahun menyepi dari industri tanah air. Vokalis kumpulan Boboy ini berkata, dia mencari penampilan yang berbeza dengan imej ketika bersama kumpulan itu. “Sebenarnya saya masih bereksperimen sebab sudah hampir 12 tahun tiada dalam industri dan satu benda yang orang perlu faham saya adalah Naqiu Boboy tapi bila di atas pentas GV, saya adalah solo. “Jadi saya perlu nampakkan perbezaan antara saya dengan Boboy dan apabila saya solo. Bila saya dengan Boboy, penampilan saya berbeza. Saya akan pakai kemeja dengan rambut biasa,” katanya. Saya masih bereksperimen sebab sudah hampir 12 tahun tiada dalam industri. NAQIU Penyanyi Dalam pada itu, kata Naqiu, dia bakal muncul dengan imej berlainan pada setiap minggu dengan bantuan perunding imej. “Kita lihat minggu depan, penampilan saya akan sangat berbeza kerana saya masih mencari imej yang sesuai. “Saya meletakkan kepercayaan pada stylist berkenaan dan saya rasa kritikan ini bagus untuk saya ubah kepada sesuatu yang lebih baik,” katanya.