suria

“Jodoh itu di tangan Allah dan kalau ada, semua perancangan dipermudahkan” - MK K-Clique ditanya siapa 'Mira Filzah' di hatinya

MK tidak pasti siapa wanita dimaksudkan netizen.

TEKA-TEKI mengenai status penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK sudah mempunyai kekasih atau tidak masih menjadi tanda tanya apabila dia tidak dapat mengesahkan identiti wanita dalam foto yang tular pada 5 Oktober lalu. 

Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 23, berkemungkinan wanita yang dimaksudkan itu adalah salah seorang kakak atau ibunya. 

Malah, MK memberitahu dia tidak mengetahui mengenai foto dan video aksi mesra dia bersama seorang wanita didakwa kekasihnya yang menjadi perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique dicium peminat ketika 'wefie', netizen kesal wanita hilang sikap malu

"Saya jarang perhati benda-benda ini (gosip) dan dilatih anggota K-Clique untuk jangan peduli apa yang berlaku di media sosial, jadi saya memang kurang tahu mengenai gosip itu. 

"Saya sendiri tidak tahu wanita mana yang diperkatakan, mungkin kakak atau ibu saya memandangkan saya ada enam orang kakak. Ramai perempuan dalam hidup saya iaitu semua mereka keluarga saya.

Sebelum ini tersebar foto MK bersama seorang wanita dikatakan seiras Mira Filzah.

"Wanita itu mungkin kakak saya la kut sebab saya sendiri tak tengok video dan foto yang tersebar itu. Jadi, saya tak dapat nak mengesahkan,” kata MK kepada mStar pada Isnin. 

MK ditemui ketika sidang media Konsert Haus Boom Music di Soro Lounge, Pavilion Elite, Kuala Lumpur pada Isnin.

Jodoh itu ditangan Allah dan kalau ada, saya harap semua perancangan dipermudahkan. Tapi buat masa sekarang, saya dan ahli yang lain masih muda.

MK L-CLIQUE

Penyanyi

Sebelum ini, video MK bersama seorang wanita yang didakwa kekasihnya kelihatan cukup serasi tular selepas netizen memuat naik di Twitter

Rata- rata netizen meluahkan rasa patah hati selepas mengetahui penyanyi pujaan mereka sudah mempunyai kekasih yang menyerupai pelakon popular Mira Filzah.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Mimpi ini menyerahkan urusan jodoh di tangan Allah dan akan berkahwin jika segala perancangan dipermudahkan. 

MK mahu fokus terhadap karier nyanyian.

Bagaimanapun, MK dan ahli kumpulannya yang lain enggan menjadikan soal cinta itu keutamaan memandangkan mereka masih muda dan perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier seni. 

"Bagi saya, jodoh itu ditangan Allah dan kalau ada, saya harap semua perancangan dipermudahkan. Tapi buat masa sekarang, saya dan ahli yang lain masih muda. 

"Kami pun masing-masing masih berusia 20-an dan mahu fokus pada kerjaya seni terlebih dahulu. Perkara lain tolak ke tepi,” ujarnya. 

Selain MK, kumpulan Hip Hop K-Clique dianggotai tujuh lagi anak muda yang berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah iaitu Tuju, Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

MK K-Clique

Artikel Lain