suria

Netizen fitnah status sah taraf anak Rita Rudaini sudah munculkan diri

Pemilik akaun Instagram sudah menghubungi peguam dilantik oleh Rita.

SETELAH hampir seminggu membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun di Instagram, akhirnya individu yang menulis komen berniat jahat terhadap anak pelakon Rita Rudaini tampil membuat pengakuan.

Menurut peguam yang dilantik Rita iaitu Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan, lelaki berkenaan sudah menghubunginya bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Selepas laporan polis dibuat, individu itu ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai komen yang ditulis di Instagram milik Rita. Memandangkan kita sudah buat laporan polis, jadi dia perlu bertemu dengan pihak polis untuk ambil kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN:  “Anak hang anak sah taraf ke?” - Melampau! Rita Rudaini buat laporan polis, tuntut individu fitnah status anak mohon maaf

"Berbaki lebih kurang tujuh hari sahaja lagi, lelaki itu perlu tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf dengan Rita. Tarikh pertemuan itu masih dalam perbincangan dan  akan ditetapkan oleh polis.

Komen berbentuk fitnah yang ditinggalkan oleh seorang netizen.

"Lelaki itu memberikan kerjasama yang baik dan pertemuan itu mungkin akan diadakan dalam masa terdekat," katanya kepada mStar.

Pada Isnin lalu, pelakon Rita Rudaini bertindak membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman Instagram.

Rita, 43, membuat laporan itu selepas mendapati komen yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya itu berniat jahat dan memberi kesan buruk terhadap mereka.

Rita bersama anak-anaknya.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kota Damansara, Selangor.

Menerusi Instagram milik Rita, seorang netizen meninggalkan komen mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya pada salah satu foto yang di muat naik.

"Entah anak-anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer," tulis pemilik akaun tersebut.

Netizen berkenaan diberi tempoh selama 14 hari untuk tampil membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan mahkamah.

Terdahulu, Rita dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.

Rita Rudaini

Artikel Lain