suria

Ruhainies tak fikir Risteena takut ‘lelaki misteri’ dikebas orang - “Tapi tak tahu jika dia buat senyap-senyap”

Ruhainies (kiri) menyifatkan kakaknya, Risteena sebagai individu yang suka berahsia.

PELAKON Ruhainies yakin kakaknya mempunyai alasan tersendiri untuk merahsiakan identiti lelaki yang menjadi teka-teki netizen di media sosial.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, berkata, tindakan Risteen Munim menutup wajah individu dalam beberapa posting di Instagram sebelum ini dibuat kerana kakaknya itu masih belum bersedia untuk bercerita lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN:  Aksi suap-menyuap Risteena, netizen tanya nak tayang kekasih siapa paling romantik ke? - “Ruhainies... apa lagi tunjuk you punya sweet pula”

ARTIKEL BERKAITAN:  “Dia tunggu saya kata okey!” - Ruhainies dedah kekasih dah ‘ready’ kahwin bila-bila masa sahaja

"Saya tak rasa dia tutup muka lelaki itu sebab takut dikebas orang. Kemungkinan dia belum ready.

Ruhainies anggap Risteena belum bersedia dedah identiti lelaki di media sosial.

"So far saya tak nampak yang dia sedang menguruskan apa-apa persediaan majlis perkahwinan dengan lelaki itu, but who knows kalau dia buat senyap-senyap ke Saya rasa mungkin dalam masa terdekat ni, kakak saya akan dedahkan wajah lelaki itu," katanya ketika dihubungi mStar.

Ruhainies ditanya mengenai identiti lelaki di dalam video pendek aksi menyuap makanan kepada Risteena yang tular di media sosial baru-baru ini.

Selain itu menurut Ruhainies, jadual kerja yang padat membuatkan dia jarang meluangkan masa bersama Risteena di rumah.

"Saya tak dapat nak cerita lebih sebab jadual kami padat... jadi kami kurang bersemuka di rumah sebab masing-masing busy shooting," 

Saya tak dapat nak cerita lebih sebab jadual kami padat... jadi kami kurang bersemuka di rumah sebab masing-masing busy shooting.

RUHAINIES

Pelakon

"Kami tak sempat nak berjumpa walaupun tinggal satu rumah, nak berborak pun tak sempat," ujarnya.

Tambah Ruhainies, Risteena adalah seorang yang suka berahsia dan setiap perlakuannya tidak dapat diramal walaupun mereka adik-beradik.

"Kakak saya jenis full of surprise and unpredictable. Pernah satu ketika dia ajak saya bercuti sedangkan kami tak pernah rancang pun, tiba-tiba saja tiket penerbangan dan hotel dah dibeli.

"Lagipun kakak saya ni secretive orangnya, dia susah nak beritahu saya kalau dia ada masalah... apatah lagi boyfriend," katanya.

Nur Ruhainies, Nur Risteena

Artikel Lain