suria

Seram! Katil Alif Muhaimin bergegar ketika tidur dengan kawan - “Terus kami tutup muka takut diganggu”

Alif Muhaimin terkenang pengalaman diganggu makhluk halus ketika menyewa di sebuah rumah, empat tahun lalu.

PELAKON Alif Muhaimin berdepan pengalaman misteri dan menyeramkan apabila diganggu makhluk halus ketika dia menetap di sebuah negeri di Pantai Timur, kira-kira empat tahun lalu.

Cerita Alif, 25, kejadian katil bergegar dan pelbagai lagi perkara mistik yang dilalui rakan serumah tidak mungkin dilupakan.

"Dulu semasa saya belajar di Kelantan, pernah ada kejadian katil yang saya tidur bergegar dengan kuat! Saya ingat itu hanya perasaan sahaja, tapi rupanya kawan yang tidur di atas katil sama turut rasa gegaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Muhaimin Tak Mahu Lagi Tayang Badan Di Laman Sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Muhaimin Diajak Lakukan Seks

"Semasa itu, kami berdua terdiam sebab terkejut... terus tutup muka dan paksa tidur sebab takut hantu itu terus menganggu.

"Kejadian misteri itu berlaku kira-kira dua atau tiga kali sebulan. Kalau saya tak kena (ganggu), rakan serumah lain yang akan diganggu. Kadang-kadang ada orang ketuk tingkap. Situasi ketika itu sangat menakutkan!," katanya kepada mStar.

Alif masih terbayang pengalaman seram yang dilalui olehnya, empat tahun lalu.

Gara-gara gangguan makhluk halus itu, Alif berkata kesihatannya terganggu dan dia terpaksa mendapatkan rawatan alternatif kerana doktor perubatan gagal mengesan penyakit pada tubuhnya.

"Beberapa bulan selepas gangguan itu, badan saya terutamanya di bahagian perut rasa sakit-sakit. Ingatkan kena batu karang atau gastrik tapi rupanya bukan.

"Saya dah jumpa doktor tapi tak dapat kesan apa-apa penyakit. Akhirnya kita berjumpa dengan seorang bomoh dan dia cuba merawat sakit itu.

Lakonan Alif dalam drama Sara Sajeeda menerima pujian penonton.

"Alhamdulillah sakit pada bahagian perut beransur baik dan semenjak itu tiada lagi sebarang gangguan. Itu adalah antara pengalaman misteri yang tak mungkin saya lupakan," ujarnya.

Bercakap mengenai karier lakonan, juara program Hero Remaja 2017 ini berkata bakatnya semakin mendapat perhatian ramai dan terkini lakonannya boleh disaksikan menerusi drama Sara Sajeeda.

"Alhamdulillah, peluang berlakon semakin baik dan saya bersyukur bakat mula diterima ramai.

Alif mahu jadi pelakon versatil dan mampu membawa pelbagai watak.

"Ini adalah peluang untuk saya kembangkan lagi bakat dan menjadi seorang pelakon versatil. Terima kasih kepada semua yang tak henti menyokong sejak penyertaan saya dalam Hero Remaja lagi," katanya.

Sara Sajeeda bersiaran di slot Samarinda (TV3) setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

Drama arahan Eoon Shuhaini, Feroz Kader dan Rizwan Zaman itu turut menampilkan pelakon Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous dan Uyaina Arshad.

Alif Muhaimin, Hero Remaja

Artikel Lain