suria

“Mujurlah tiada babak tumbuk-menumbuk... muka tak boleh nak sorok!” - Zulin Aziz ‘awkward’, studio tegang kerana isu ‘body shaming’

Zulin berasa janggal dan terkejut ketika berada dalam program tersebut.

KELIRU dan janggal... itulah reaksi pelakon Zulin Aziz ketika menyaksikan suasana tegang membabitkan dua tetamu undangan program bual bicara Malaysia Hari Ini (TV3) pada Isnin lalu.

Mengakui terkejut dengan situasi yang berlaku, Zulin berkata dia tidak menyangka dua tetamu itu mempunyai sejarah buli siber sehingga ia diungkit semasa program itu sedang bersiaran secara langsung.

"Mulanya saya tak berapa faham tentang tweet apa yang disebut oleh salah seorang tetamu itu, saya macam keliru dan rasanya pengacara program pun macam tak berapa nak faham.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat serangan peribadi, mat sado dihentam pemuda albino mangsa buli siber masa siaran langsung TV – “Merah padam muka masa tu... dia tak profesional!”

ARTIKEL BERKAITAN: Hangat isu body shaming, pemuda albino pertahan tindakan ketika program TV – “Ia cara terbaik... saya ada in the right place, at the right time”

"Jadi kami pun macam terkejutlah... ni kenapa ni? sampaikan muka pun tak boleh nak sorok, awkward gila... tak tahu nak reaksi macam mana!


Zulin merupakan salah seorang tetamu yang diundang membicarakan tentang body shaming.

"Mujurlah tak ada babak tumbuk-menumbuk, iyalah niat kita datang nak berkongsi mengenai isu body shaming, tapi rupa-rupanya dalam diam mereka berdua ada hal peribadi lain," katanya kepada mStar.

Menerusi program tersebut, tiga tetamu dijemput untuk berkongsi pandangan dan pendapat mereka mengenai isu body shaming.

Ketiga-tiga mereka ialah jejaka sado, Shazwan Zafran, model albino, Azfar Firdaus dan pelakon, Zulin Aziz yang pernah menjadi mangsa body shaming.


Perkongsian di Twitter membabitkan Azfar dan Shazwan.

Semasa bersiaran langsung, menerusi topik ‘Hapuskan sindir badan, body shaming tak kelakar’, Azfar mengimbas mengenai dirinya pernah diserang di media sosial berikutan satu tweet berunsur ancaman.

Keadaan menjadi tegang apabila Azfar kemudian merujuk Shazwan yang secara kebetulan merupakan individu yang menghantar tweet itu, mengaitkan dirinya dengan artikel mengenai golongan albino yang dikerat untuk ritual sihir.

Dalam hal ini, saya rasa pihak produksi pun tak tahu mereka ada isu, mungkin secara kebetulan.

ZULIN AZIZ

PELAKON

"Body shaming ni, kadang-kadang orang tak sedar daripada jari-jari itu dia rasa invisible tapi kita tak tahu akan berhadapan dengan orang yang kita buli ni in real life, macam nilah," ujar Azfar sambil merujuk kepada Shazwan hanya mendiamkan diri.

Ditanya mengenai situasi selepas program tersebut berakhir, Zulin berkata kedua-dua pemuda tersebut bersikap profesional.

"Tiada sebarang pergaduhan berlaku, keadaan baik sahaja... selepas program itu semuanya okay dan masing-masing buat hal sendiri.

"Saya nampak dua-duanya profesional dan tak ada sebarang kejadian tidak diingini, mungkin apa yang berlaku semasa live itu terjadi secara spontan.

"Dalam hal ini, saya rasa pihak produksi pun tak tahu mereka ada isu, mungkin secara kebetulan," ujarnya.

Zulin Aziz, MHI, TV3

Artikel Lain