suria

Hadapi masalah teknikal, konsert Alif Satar dan Raihan terpaksa ditunda ke tahun hadapan

Konsert gabungan Alif dan Raihan terpaksa ditunda pada 20 Februari tahun hadapan disebabkan beberapa masalah teknikal.

KONSERT gabungan penyanyi Alif Satar dan kumpulan Raihan yang sepatutnya diadakan pada 2 November ini terpaksa ditunda pada 20 Februari tahun hadapan.

Menurut kenyataan penganjur iaitu Philandure Sdn Bhd, penundaan itu disebabkan beberapa masalah teknikal yang dihadapi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar hafal lagu Raihan sejak umur 6 tahun, akhirnya impian masa kecil tercapai

Mereka turut memohon maaf kepada peminat yang sudah membeli tiket dan pihak yang memberi sumbangan atas kesulitan yang dihadapi.

"Kami bagi pihak penganjur ingin memohon maaf di atas penundaan Konsert Amal Alif Satar & Raihan.  Ini adalah berikutan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Lokasi konsert Alif dan Raihan turut diubah.

"Buat para pembeli tiket dan penyumbang, kami memohon maaf. Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada usaha pengumpulan dana buat sekolah dan institusi-institusi kebajikan yang terlibat.

"Harapan kami program pada 22 Februari tahun hadapan bakal mendapat sokongan dari masyarakat di luar sana", ujar kenyataan itu.

Selain itu, lokasi Konsert Amal Countless Blessing Bersama Alif Satar & Raihan turut juga ditukar ke Pusat Budaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak.

Lagu duet Alif dan Raihan mendapat lebih 17 juta tontonan sehingga kini.

Dalam pada itu, pihak penganjur juga berbesar hati ingin menaik taraf tiket kepada sesiapa yang sudah membeli terlebih awal dan tiket gantian itu diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengesahan penerimaan tawaran tersebut.

Bagi peminat yang tidak berminat untuk hadir ke konsert pada tarikh baharu dan ingin menyumbangkan pembelian tiket itu, pihak penganjur akan mengisi kerusi tersebut dengan menjemput anak-anak yatim, asnaf zakat atau pelajar-pelajar sekolah kebajikan.

Sebelum ini, lagu duet Alif dan Raihan iaitu Sesungguhnya 2019 meraih kejayaan apabila video muzik tersebut sehingga kini mendapat lebih 17 juta tontonan sejak dilancarkan pada Mei lalu.

Alif Satar, Raihan

Artikel Lain