suria

“Saya gembira tapi biar dia sendiri beritahu” - Ibu gembira Amyra Rosli tampil berhijab selepas pulang umrah

Amyra tampil dengan imej baharu selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah.

IBU kepada pelakon Amyra Rosli iaitu Noor Zaridah Ahmad meluahkan perasaan gembira dengan penampilan baharu Amyra Rosli yang berhijab sejurus pulang dari mengerjakan ibadah umrah.

Enggan mengesahkan mengenai penampilan terbaharu anaknya itu, Noor Zaridah bagaimanapun tidak mahu memaksa anaknya untuk berubah sebaliknya menganggap ia perlu dilakukan dari hati yang ikhlas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sedar suara tak sedap” - Amyra Rosli tolak beberapa tawaran jadi penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli dimasukkan ke hospital, Amar Baharin minta doakan

"Saya tak boleh nak cakap apa-apa mengenai penampilan Amyra itu... apa sekalipun adalah lebih baik jika ianya daripada Amyra sendiri.

"Yang berubah itu adalah diri dia sendiri... sebagai ibu, sudah tentu saya berasa syukur Alhamdulillah dengan penampilan baru itu.

Amyra hadir ke program Meletop dengan berhijab.

"Bagaimanapun, saya tidak akan pernah memaksa anak-anak untuk melakukan perubahan," katanya kepada mStar.

Sementara itu, isteri kepada pelakon Amar Baharin ini memilih untuk tidak bersedia untuk berkongsi kepada umum mengenai penampilan baharunya itu.

Dia sebaliknya memilih untuk peminatnya berteka-teki sama ada imej itu adalah watak bagi drama Cemburu Seorang Perempuan atau dirinya yang baharu.

"Saya tak nak umum secara rasmi sudah bertudung... kalau orang tengok dan rasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, tak apa, biarkan.

Yang berubah itu adalah diri dia sendiri... sebagai ibu, sudah tentu saya berasa syukur Alhamdulillah dengan penampilan baharu itu.

NOOR ZARIDAH AHMAD

"Tapi jika dah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri.

"Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa di tanah suci biar saya teruskan," katanya.

Amyra bersama suaminya, Amar Bahrin dan anak mereka, Aqeef Anaqi sebelum ini ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Amyra Rosli, hijab

Artikel Lain