suria

Allahuakbar! Anak Shah Gegar bernyawa semula selepas 10 minit doktor sahkan meninggal dunia

Shah memaklumkan anak lelakinya itu tersedak selepas 10 minit disahkan meninggal dunia.

"ALHAMDULILLAH... anak saya bernyawa semula!," demikian luahan rasa syukur penyampai radio THR Gegar, Shah Muhammad mengenai keajaiban Allah selepas bayinya Aliff Khalifah yang disahkan meninggal dunia kembali bernafas seperti biasa.

Cerita Shah, pada mulanya doktor mengesahkan bayinya itu meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang Rabu selepas alat sokongan hayat ditanggalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Shah Gegar meninggal dunia selepas 3 hari dilahirkan - “Mesin sokongan hayat dicabut, tak sanggup tengok baby derita lebih lama...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih Allah... walau hanya empat hari bergelar bapa” - Anak penyanyi Azizul Haqim (3 Juara) meninggal dunia

Bagaimanapun kira-kira 10 minit kemudian, bayi yang dipeluknya itu secara tiba-tiba memberikan tindak balas hingga mengejutkan dia dan isteri, Izyan Shazana Mazlan.

"Mula-mula saya memang harapkan keajaiban berlaku dan ternyata Allah nak tunjukkan kebesaran-Nya.

Aliff Khalifah kini tidak lagi bergantung pada mesin hayat.

"Aliff tiba-tiba tersedak dan dia masih bernyawa... keluar suara dan dia buka mata! Saya terkejut, dia masih bernyawa sampai sekarang," ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, Shah menerusi aplikasi Whatsapp berkongsi berita sedih mengenai kematian anaknya yang baru tiga hari dilahirkan akibat komplikasi pada jantung sebelah kiri.

Bagaimanapun sejam kemudian Shah memaklumkan mengenai perkembangan terkini anaknya itu.

Dalam pada itu Shah berkata, doktor membenarkan anaknya untuk dibawa pulang meskipun masih berada dalam keadaan lemah dan sukar untuk bernafas.

Aliff tiba-tiba tersedak dan dia masih bernyawa... keluar suara dan dia buka mata!

SHAH MUHAMMAD

Penyampai radio THR Gegar

"Doktor terkejut... lepas mesin dicabut, baby masih okey. Jadi doktor arahkan untuk kami bawa balik selepas bayi boleh bernafas tanpa mesin hayat.

"Alhamdulillah, saya gembira tetapi tetap takut kerana tak pasti keadaan dia selepas ini. Sebagai bapa sudah tentu saya harapkan anak saya kembali sihat. Apapun saya serahkan segalanya kepada Allah.

"Keadaan bayi ketika ini masih lemah... selepas ini baby Aliff akan dipantau oleh doktor," ujarnya.

Shah Muhammad, anak, THR Gegar

Artikel Lain