suria

“Dia nak bersama keluarga dulu” - Anak Shah Gegar meninggal dunia

Anak ketiga Shah, Aliff meningga dunia pada pukul 2 pagi.

SELEPAS beberapa jam diberikan kesempatan untuk bersama bayi yang baru lahir, penyampai radio THR Gegar, Shah Muhammad mengesahkan anaknya itu kembali bertemu Ilahi buat selamanya pada awal pagi Khamis.

Shah berkongsi khabar duka itu melalui laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Allahuakbar! Anak Shah Gegar bernyawa semula selepas 10 minit doktor sahkan meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Shah Gegar meninggal dunia selepas 3 hari dilahirkan - “Mesin sokongan hayat dicabut, tak sanggup tengok baby derita lebih lama...”

“Innalillahiwainnaillahirojiun. 27/10/2019 – 31/10/2019 pukul 2 pagi. Kembalinya anak syurga.

"Dia nak bersama keluarga dulu, Al-Fatihah,” tulis Shah.

Shah mengesahkan pemergian anak ketiganya di Instagram.

Berita mengenai bayi bernama Aliff Khalifah ini mendapat perhatian umum apabila dia kembali bernyawa kira-kira 10 minit selepas doktor mengesahkan kematiannya.

Situasi penuh keajaiban itu berlaku sekitar pukul 5 petang Rabu apabila Shah dan isteri, Izyan Shazana Mazlan mengambil keputusan untuk menghentikan alat bantuan hayat kerana enggan membiarkan anak ketiga itu terus menderita.

Aliff lahir pada Ahad lalu namun disahkan mengalami komplikasi pada jantung kirinya.

Bagaimanapun kira-kira 10 minit kemudian, bayi yang dipeluknya itu secara tiba-tiba memberikan tindak balas sehingga mengejutkan ramai pihak.

Bayi tersebut kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah oleh pihak doktor meskipun masih berada dalam keadaan lemah dan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Aliff dilahirkan Ahad lalu di di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban namun mengalami komplikasi pada jantung sebelah kiri.

shah gegar

Artikel Lain