suria

Tajul sedia jadi bapa, isteri minta teman di bilik bersalin - “Saya akan beranikan diri”

Tajul tidak sabar untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada bulan ini.

PENYANYI Tajul memberitahu dia sudah bersedia untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya yang dijangka lahir pada bulan ini.

Selain menyediakan kelengkapan untuk ibu dan anak, Tajul berkata dia juga mendapatkan nasihat dan panduan daripada adik-beradiknya mengenai persediaan sebelum dan selepas kelahiran.

"Semua dah lengkap, barang ibu dan anak semua saya dah beli. Insya-Allah dijangka hujung bulan ini isteri melahirkan cahaya mata pertama kami.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sudah berkahwin, isteri kini hamil lapan bulan” - Dua tahun Tajul sorok perkahwinan, bimbang peminat lari

"Saya ada dapat pandangan daripada adik-beradik yang sudah berkahwin, macam mana nak jaga orang pantang, tentang pemakanan, apa yang perlu dibuat di hospital dan benda-benda asas lain.

Tajul akui isterinya seorang yang pemalu dan tidak banyak bercakap.

"Sejujurnya, saya memang tak sabar nak tengok wajah baby tapi dalam masa sama rasa gementar. Iyalah tak ramai jadi bapa dalam usia muda," katanya kepada mStar.

Tajul dan isteri ditemui semasa sesi rakaman program What The! yang diadakan di Ratu Karaoke, Plaza Imbi, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tentang jantina bayi, kami hanya akan maklumkan selepas bayi lahir dan semoga semuanya dipermudahkan!

TAJUL

Penyanyi

Mengakui ia satu pengalaman baharu, Tajul berkata isterinya, Nurul Shamieza Eddie, turut membuat permintaan agar dia menemaninya ketika berada di bilik bersalin.

Justeru itu, penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu ini berkata dia akan memberanikan diri menyaksikan sendiri proses kelahiran tersebut.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2017.

"Isteri ada meminta saya untuk beri sokongan semasa di bilik bersalin... kita tengoklah macam mana, tak tahulah kalau muntah atau pengsan nanti.

"Kami tak pernah lagi lalui momen ini dan ia pasti satu detik yang sungguh bermakna, saya akan beranikan diri dan reda saja dalam bilik itu nanti.

"Tentang jantina bayi, kami hanya akan maklumkan selepas bayi lahir dan semoga semuanya dipermudahkan," katanya.

Pada Oktober lalu, Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza, 23, pada 10 Disember 2017.

Tajul berkata dia terpaksa merahsiakan mengenai perkahwinannya itu kerana enggan mencampuri urusan peribadi dan kerjaya.

Tajul

Artikel Lain