suria

Nadia Brian bergelar isteri ahli perniagaan Muizz Nasruddin - “Dia tidak pernah berputus asa untuk memikat hati saya”

Nadia bersyukur majli pernikahannya berjalan dengan lancar.

PELAKON Nadia Brian sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Muizz Nasruddin kira-kira pukul 12.03 tengah hari, Sabtu.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Imam Masjid Al Ikhlas, Shah Alam, Muhammad Shahar Abidin dalam sebuah majlis sederhana di Magica Hall, Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak terfikir bawa jurusolek pergi honeymoon” - Nadia Brian terkejut dikaitkan isu minta tajaan bulan madu

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa biasa saja, tak terlampau seksi pun” - Nadia Brian ambil tindakan terhadap pihak jatuhkan reputasinya

Memetik laporan BH, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, meluahkan rasa syukur apabila segala urusan pernikahannya dan suami dipermudahkan.

Nadia dan Muizz sah bergelar suami isteri selepas dua tahun perkenalan.

"Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan dan kini saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan.

"Insya-Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin," kata Nadia.

Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan wang hantaran RM50,000.

Pelakon drama Cinta Tanpa Henti ini mengenali suaminya teman baik yang juga pelakon, Ainul Aishah sejak dua tahun lalu.

Pada peringkat awal perkenalan, saya sendiri tidak mahu memberikan sebarang harapan kepadanya, selain sibuk dengan aktiviti lakonan, waktu itu.

NADIA BRIAN

Pelakon

Majlis resepsi untuk pasangan tersebut akan diadakan pada malam Sabtu di lokasi yang sama.

Turut hadir pada majlis pernikahan itu ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, bersama isteri.

Dalam pada itu, Nadia memberitahu dia bersedia untuk berkahwin selepas melihat kesungguhan suaminya yang tidak pernah putus asa untuk menambat hatinya.

"Pada peringkat awal perkenalan, saya sendiri tidak mahu memberikan sebarang harapan kepadanya, selain sibuk dengan aktiviti lakonan, waktu itu.

Majlis resepsi Nadia dan pasangan akan diadakan pada malam, Sabtu di lokasi yang sama.

"Namun, penghujung tahun lalu, kami mula menjadi rapat. Dia juga tidak pernah berputus asa untuk menambat hati saya.

"Seterusnya, Februari lalu, saya menerima lamarannya di kota Paris, bersaksikan Menara Eiffel," katanya.

Nadia dan Muizz bertunang pada 4 Mei lalu dalam majlis yang diadakan di sini.

Nadia Brian, Muizz Nasruddin

Artikel Lain