suria

“Jangan jadikan anak punca gaduh suami isteri” - Bella Astillah dan Syatilla Melvin utamakan penjagaan anak

Bella bersetuju dengan perkongsian Syatilla mengenai anak-anak.

BIARPUN penat dan menguji kesabaran, pelakon Syatilla Melvin tidak pernah menganggap dua orang anaknya sebagai bebanan apabila terpaksa membawa mereka ke tempat kerja.

Menurut pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 28, dia sanggup bersusah-payah asalkan keselamatan anak-anak terjaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarima Samheizy nama anak perempuan Shaheizy Sam, Syatilla

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah tunjuk ‘happy’, tak sanggup biar anak tengok asyik menangis… “Saya bukanlah terlalu kuat”

"Memang penat dan sangat-sangat menguji kesabaran bila terpaksa bawa anak-anak pergi kerja tapi jangan jadikan anak ini sebagai beban.

Perkongsian Syatilla mengenai anak-anaknya di Instagram.

"Sebagai punca laki bini (suami isteri) bergaduh sebab tak mahu jaga anak. Anak-anak ini rahmat dan rezeki dari Allah bukan beban.

"Depa (mereka) tak salah apa pun kalau hampa (anda) rasa depa ini alasan untuk hampa tak boleh nak bekerja. Nak pergi sini tak boleh, sana tak boleh, alasan anak tak ada siapa jaga.

"Aku sanggup susah payah asal anak-anak aku selamat depan mata aku. Penat memang penat teramat sangat tapi rezeki aku lain macam bila berkorban untuk anak-anak, rezeki tak putus mencanak-canak. Ingat anak bukan beban," katanya.

Syatilla berkongsi luahan tersebut menerusi laman Instagramnya dan rata-rata memuji sifat keibuan isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu.

Aku sanggup susah payah asal anak-anak aku selamat depan mata aku. 

SYATILLA MELVIN

Pelakon

Pasangan itu berkahwin pada 12 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 2, dan Sarimah Samheizy yang kini berusia tujuh bulan.

Dalam pada itu, pelakon Bella Astillah turut bersetuju dengan pandangan pelakon Sha dan Shah itu.

Kata bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini, dia tidak kisah mengenai pandangan orang terhadap dirinya apabila sering membawa Mohamad Ayden Adrean, 3, ke mana saja.

Syatilla dan Bella sentiasa utamakan keselamatan anak-anak mereka.

"Ya. Memang benar. Biarlah orang nak cakap tak habis-habis bawa anak sini sana. Asalkan anak selamat depan mata daripada suruh orang lain jaga atau bibik.

"Sampai anak sendiri dah tak nak kat mak kandung sebab dah biasa dengan orang lain," tulisnya.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Mohamad Ayden Adrean.

Artikel Lain