BIARPUN baharu memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini, pelakon Datuk Fizz Fairuz tidak menerima tawaran lakonan hampir tiga bulan. Perkara itu didedahkan isterinya, Datin Almy Nadia, 33, ada segelintir produksi menyangka Fizz terlalu sibuk dan hanya menerima tawaran lakonan dengan bayaran yang tinggi. "Bila dah dua bulan tak ada job, muka ketat, orang bajet dia sibuk... Fizz busy, Fizz busy, Fizz busy, Fizz mahal, Fizz sibuk! ARTIKEL BERKAITAN: “Netizen sekarang ni dah gila” - Almy Nadia tak tahu Fizz Fairuz nak saman siapa ARTIKEL BERKAITAN: “Lebih baik bunuh saja suami saya” – Almy Nadia nafi Fizz Fairuz ditangkap khalwat "Sedangkan (Fizz) dah duduk rumah nak masuk bulan ketiga tak ada shooting. Perkongsian Almy di Instagram menarik perhatian pengikut dan rakan artis. Almy berkongsi luahan hatinya itu menerusi laman Instagram pada Jumaat. Fizz Fairuz memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) menerusi drama Kamar Kamariah pada 1 November lalu. Perkongsian Almy itu turut menarik perhatian pengikut termasuklah rakan selebriti antaranya Nad Zainal. Semua takut nak ambil dan mesti sibuk lepas tu dah menang mesti mahal, sabar jelah! ALMY NADIA Pelakon "Bila menang lagi orang takut tapi ada tu.. gambate!,” kata Nad. "Kan! Semua takut nak ambil dan semua cakap mesti sibuk lepas tu dah menang mesti mahal, sabar jelah... rezeki ada Insya-Allah!," jawab Almy. Sementara itu, pelakon Jasmin Hamid berpendapat bayaran pelakon di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan bayaran yang diterima anak seni di luar negara. Fizz bersama isteri, Almy Nadia dan dua anak mereka. "Bertabahlah wahai hati. Inilah nasib anak-anak seni Malaysia! Semuanya indah khabar dari rupa. "Bayaran yang paling rendah untuk hasil seni kalau nak dibandingkan dengan negara luar sebab pasaran Malaysia sangat terhad. "Apapun tetap bersyukur sebab masih ada rezeki di atas meja untuk famili. Allah maha baik!,” kata Jasmin Hamid pula.