suria

“Kalau terpaksa hipokrit sekejap pun tak apa!” - Artis senior tegur penyanyi BBNU sibuk nak balik cepat lepas ‘show’

Linda menegur sikap segelintir penyanyi BBNU yang tidak bersungguh-sungguh ketika membuat persembahan pentas.

BEKAS anggota kumpulan dangdut Eva iaitu Linda menegur sikap segelintir penyanyi baru nak up (BBNU) yang terlalu berkira ketika menjayakan persembahan pentas seperti acara karnival.

Linda yang aktif menjadi pengurus pentas mengakui kesal apabila ada penyanyi baharu yang berkira mengenai jumlah lagu dan demand tentang bayaran.

"Selain menyanyi, saya juga bekerja sebagai promoter artis dan kerap bawa penyanyi BBNU untuk persembahan pentas sesuatu acara, kadang-kadang rasa ralat apabila ada penyanyi yang belum buat show  lagi tapi dah tanya fasal bayaran, siap tetapkan dua atau tiga lagu sahaja boleh nyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq cedera parah kemalangan, ibu harap kaki dapat diselamatkan!

"Selepas habis persembahan beberapa minit terus balik, sekadar menyanyi tanpa interaksi dengan penonton...  persembahan pun ala kadar, tak ada semangat sebagai seorang penghibur.

"Menyanyi ini memang kerja kita dan kalau boleh adik-adik tolonglah tunjukkan kesungguhan sebagai penyanyi, hiburkan peminat, jangan berkira dan cuba kawal emosi walaupun mungkin kita penat," katanya kepada mStar.

Linda bersama anaknya Haziq (berkaca mata hitam).

Dalam pada itu, Linda berkata sikap negatif yang ditunjukkan itu hanya akan merugikan dan tidak membawa sebarang kebaikan kepada seseorang penyanyi.

"Jadi penyanyi bukan sekadar menyanyi tapi kena pandai menghiburkan peminat, kita adalah penghibur dan apabila dibayar... itu sudah menjadi tugas kita. Kalau tak serius bekerja, nanti yang rugi kita juga.

Jangan berkira fasal bayaran, walaupun hakikatnya penyanyi BBNU ini lebih mahal harganya berbanding penyanyi lama!

LINDA EVA

Penyanyi dan promoter artis

"Pernah saya bagi cadangan beberapa nama kepada penganjur, namun ditolak kerana mereka sudah ada pengalaman buruk sebelum ini.

"Kata mereka, penyanyi itu tak pandai menghiburkan pengunjung... sebab itu adik-adik kena belajar untuk berinteraksi dengan penonton. Kalau terpaksa hipokrit sekejap pun tak apa, yang penting peminat pulang dengan gembira!," ujarnya.

Linda harap penyanyi BBNU belajar untuk lebih berinteraksi bersama penonton.

Sementara itu, ibu kepada penyanyi Haziq, bekas vokalis kumpulan Putera Band ini memberitahu dia sentiasa berpesan kepada anaknya itu untuk mengambil contoh penyanyi senior yang berjaya.

"Saya ambil contoh anak saya sendiri, saya pesan jadikan pentas persembahan itu sebagai ruang untuk dia mengasah bakat nyanyian.

"Selain itu, tengok macam mana penyanyi senior lain bekerja, walaupun dah berumur tapi apabila atas pentas mereka betul-betul all out! Menyanyi 10 lagu pun stamina masih maintain dan akhirnya penonton serta penganjur puas hati!

"Jangan berkira fasal bayaran, walaupun hakikatnya penyanyi BBNU ini lebih mahal harganya berbanding penyanyi lama... apa yang penting adalah memberikan persembahan terbaik apabila di atas pentas!," ujarnya.

Linda Eva

Artikel Lain