suria

“Baca skrip, bukan asyik tengok telefon!” - Nabila Huda ‘sound’ artis suka main-main dalam set penggambaran

Nabila akan memberikan sepenuh komitmen dalam kerjaya lakonan.

PELAKON Nabila Huda menyuarakan rasa kecewa dengan sikap segelintir selebriti yang mengambil sikap sambil lewa ketika menjalani sesuatu penggambaran drama mahupun filem.

Kata Nabila, 34, seseorang pelakon itu seharusnya membuat persediaan dengan membaca skrip berulang kali agar memahami watak yang dibawa mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cuma nak tunjuk kasih sayang terhadap haiwan” - Nabila Huda ulas foto ‘selfie’ dengan anjing terima teguran PU Syed

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau pun bermazhab lain, tak payah 'up' gambar sebegitu rupa” - Foto ‘selfie’ Nabila bersama anjing ditegur PU Syed

“Ada saja pelakon yang tak fokus, lepas tu tak deliver dalam lakonan kerana mereka ini hanya hafal dialog... kenapa? Sebab boleh rasa mereka sekadar bercakap. Feel tu tak rasa. Sepatutnya mereka bersedia, baca skrip bukan asyik tengok telefon.

Nabila akan berulang kali membaca skrip bagi memastikan sesuatu watak itu berjaya dibawanya.

"Itu yang buat saya rasa mereka ni tahu berlakon ke tak reti berlakon? Tak memberi pun. Tapi kadang-kadang fikir nak habiskan kerja, terpaksa teruskan sajalah.

"Kadang-kadang saya akan bantu... sampai seminggu pun saya bantu. Tapi kalau dah dekat sebulan nak kena buka kelas akademi, aku pun rengsa (meluat),” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabila yang baharu menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) menerusi Dia Tak Berdosa berkata, dia akan memberikan sepenuh komitmen terhadap setiap tawaran yang diterimanya.

Meskipun sudah hampir 18 tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, Nabila berkata, sehingga kini dia akan berulang kali membaca skrip bagi memastikan watak yang dibawa berjaya dihasilkan dan seterusnya meninggalkan kesan kepada penonton.

Kadang-kadang saya akan bantu... sampai seminggu pun saya bantu. Tapi kalau dah dekat sebulan nak kena buka kelas akademi, aku pun rengsa!

NABILA HUDA

Pelakon

“Biasanya apabila diberikan watak, saya akan study karakter-karakter itu, baca sampai tiga kali skrip dan akan fahamkan.

“Kemudian plan apa yang saya nak buat dengan karakter macam ni supaya ia tak jadi stereotype atau sama dengan karakter lain.

“Saya tak akan ambil ringan kerana kalau bekerja, saya memang serius termasuk fikirkan baju yang nak dipakai untuk disesuaikan dengan watak,” ujarnya.

Nabila Huda, drama

Artikel Lain