suria

Ismail Izzani masuk hospital akibat Influenza A - “Tekaknya perit... demam menggigil dan sakit kepala”

Ismail ditahan di hospital, dijangkiti wabak Influenza A.

PENYANYI Ismail Izzani terpaksa membatalkan beberapa acara hiburan susulan dia dimasukkan ke hospital akibat jangkitan virus Influenza A pada Rabu.

Menurut ibunya Datin Suliza Salam, Ismail, 19, mengadu sakit tekak dan demam ketika berada di Terengganu beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kecamlah saya, tapi jangan kaitkan ibu” - Ismail Izzani 

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani sedih dan tertekan dituduh bawa pengaruh buruk kepada rakan sebaya 

"Dah masuk dua hari Ismail ditahan di hospital. Sebenarnya dia dah rasa mula tak sihat sejak dia dekat Terengganu lagi. Apabila habis shooting muzik video Halo, dia beritahu saya dia rasa tekaknya perit, rasa demam menggigil dan sakit kepala.

Ismail berkongsi mengenai masalah kesihatannya.

"Mula-mula ingatkan cuma tonsil teruk, rupanya apabila doktor ambil darah baru dapat tahu yang dia dijangkiti wabak Influenza A," katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Suliza, dia bersyukur apabila pihak penganjur dapat bertolak ansur serta memahami keadaan kesihatan Ismail meskipun anaknya terpaksa membatalkan persembahan pada saat akhir.

"Alhamdulillah penganjur pun faham sebab keadaan tak mengizinkan untuk dia perform. Anyway, it's good for him to rest. Dalam beberapa hari lagi, dia dah boleh keluar hospital.

InshaAllah apabila dia dah betul-betul sihat, kena komited semula dengan kerja sebab kita pun dah berjanji dengan orang

DATIN SULIZA SALAM

IBU

"InshaAllah apabila dia dah betul-betul sihat, kena komited semula dengan kerja sebab kita pun dah berjanji dengan orang," ujarnya.

Dalam pada itu, Suliza berterima kasih kepada peminat Ismail yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan anaknya supaya beransur pulih.

Sementara itu ibu kepada penyanyi lagu Luar Biasa ini turut menasihati para peminat anaknya supaya mengamalkan pengambilan air yang cukup untuk kekal sihat. 

"Thank you to everyone yang sanggup mendoakan Ismail, semoga Allah dapat membalas jasa dengan memberikan kesihatan yang baik.

"Elak daripada memakan makanan yang manis dan pastikan pengambilan air kosong untuk kekal sihat," katanya.

Ismail Izzani

Artikel Lain