suria

Rayuan ditolak, Farid Kamil kembali meringkuk dalam penjara selama 9 bulan

Farid semasa dibebaskan daripada tahanan reman pada 16 Januari 2018.

RAYUAN pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil untuk mengetepikan hukuman penjara selama sembilan bulan ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 38, menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan dadah bermula Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 35 hari Farid Kamil dalam penjara, kini mahkamah benar tangguh hukuman... “InsyaAllah, semuanya Allah permudahkan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Be strong sis…”- Farid Kamil dipenjara 9 bulan, peminat minta Diana Danielle tabah!

Farid dipenjarakan semula pada Khamis lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli, berkata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman dalam penghakimannya menolak rayuan tertuduh, sebaliknya mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Mei lalu.

“Hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa pada Khamis minggu lalu,” katanya.

Farid yang juga suami pelakon Datin Diana Danielle hadir bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga ketika prosiding itu berlangsung.

Mei lalu, pelakon filem Remp-It itu dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC).

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas dia memilih untuk berdiam diri ketika diperintahkan membela diri.

Bagaimanapun, selepas 35 hari menjalani hukuman di Penjara Kajang, Ab Karim membenarkan penangguhan hukuman terbabit selepas permohonan rayuan difailkan pelakon berkenaan.

Mengikut pertuduhan, pelakon filem J Revolusi itu didakwa menggunakan dadah pada jam 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling Jaya, pada 11 Januari 2018.

farid kamil

Artikel Lain