suria

Aeril dan Wawa Zainal menanti bayi perempuan, pilih nama Ayasoffya sempena masjid bersejarah di Turki

Aeril dan Wawa Zainal menanti kelahiran bayi ketiga mereka.

PELAKON Wawa Zainal mendedahkan bakal melahirkan anak ketiganya yang juga bayi perempuan pada awal bulan hadapan.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 28, memberitahu dia dan suaminya pelakon, Aeril Zafrel memilih nama Ayasoffya bersempena nama sebuah masjid di Turki.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami dah capai, tiba masa kongsi rezeki” - Tiga tahun bina nama, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini jutawan kosmetik

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel beri Mercedes, dibalas Alphard oleh Wawa

“Sejujurnya tak banyak sangat persiapan yang kami buat sebab lebih sibuk dengan persiapan produk.

“Kami namakan bayi ini Ayasoffya sempena nama masjid berwarna biru ketika melancong di Turki.

“Seni bina itu sangat cantik... jadi kami buat keputusan untuk namakan dia Ayasoffya," ujarnya kepada mStar.

Wawa Zainal bersama Aeril dan dua anak mereka, Attar dan Hayla.

Wawa yang ditemani suami, Aeril Zafrel ditemui ketika acara Baby Gender Reveal di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, pada Rabu.

Kandungan Wawa kini sembilan bulan dan dijangka bakal menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya pada awal Disember depan.

Selain itu, Wawa berkata, dia tidak menyangka masih mampu menguruskan perniagaan kosmetiknya meskipun sedang sarat mengandung.

Malah, aktres ini berkata, rezekinya semakin melimpah-ruah menyambut kehadiran cahaya mata ketiganya itu.

"Alhamdulillah, kandungan kali ini saya dikurniakan kudrat yang kuat sebab walaupun dah terlalu sarat, saya masih mampu menguruskan perniagaan kami. Saya percaya, setiap anak itu ada rezeki masing-masing.

Mungkin Allah dengar doa saya sebelum ini. Saya minta agar dikurniakan seorang suami yang boleh membimbing saya.

WAWA ZAINAL

Pelakon

"Awalnya Aeril memang berhajat nak baby boy tetapi itu semua rezeki. Dapat baby girl pun dia terima dan syukur Alhamdulillah," ujarnya.

Menjawab soalan media mengenai pasangan selebriti yang tidak pernah berdepan sebarang kemelut rumah tangga, Wawa berkata, dia sentiasa berfikiran postif dalam melayari bahtera perkahwinan yang dibinanya itu.

"Dalam kehidupan berumah tangga kita harus berfikiran positif agar kehidupan dan rezeki kita lancar. Mungkin Allah dengar doa saya sebelum ini. Saya minta agar dikurniakan seorang suami yang boleh membimbing saya.

"Inilah kehidupan yang saya impikan selama ini. Semoga nikmat ini Allah pinjamkan sehingga hari tua kami,” ujarnya.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Wawa Zainal, Aeril Zafrel

Artikel Lain