suria

“Jangan jadi batu api, kawan cerita untuk luahan sahaja” - Adam Corrie nasihat pasangan bermasalah perlu jumpa kaunselor untuk nasihat

Adam menasihatkan netizen agar berjumpa kaunselor bertauliah dalam mendapatkan nasihat berkaitan rumahtangga.

PELAKON Adam Corrie menasihatkan agar mana-mana individu luar tidak mencampuri urusan peribadi rakan baik terutama ketika berdepan dengan masalah rumah tangga.

Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 51, individu yang bertanggungjawab menjadi pendengar masalah rakan perlulah menjaga amanah tersebut dan tidak mengeruhkan keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN:  “Fitnah mungkin kerana dendam isteri tak beli rumah dengan dia” - Da'i Farhan jawab dakwaan nikah janda anak lapan secara rahsia

ARTIKEL BERKAITAN: Apa dah jadi? Da'i Farhan didakwa nikah janda anak lapan secara rahsia, isteri pertama pula sedang hamil

"Bila kawan cerita masalah, bergaduh dalam rumah tangga dan sebagainya kita dengar saja.

Adam berkongsi posting yang dimuat naik di laman Twitter miliknya pada Rabu.

"Mereka cerita, tak perlu beri nasihat jika tidak diminta kerana mereka sebenarnya hanya nak meluahkan rasa sedih," ujarnya.

Adam memuat naik pandangannya itu menerusi sebuah posting di laman Twitter miliknya pada Rabu.

Perkongsian itu dipercayai berkaitan isu Da'i Farhan yang didakwa menyembunyikan pernikahan dengan seorang janda anak lapan daripada isteri pertama.

Perkara itu didedahkan olah seorang rakan baik isteri pertama pendakwah itu dikenali sebagai Ches Al-Maliki yang telah memuat naik kenyataan berunsur fitnah terhadap pasangan tersebut.

Dalam pada itu, Adam turut menasihatkan mana-mana pasangan yang berdepan masalah rumah tangga seharusnya berjumpa dengan kaunselor bertauliah dan tidak bercerita masalah peribadi kepada orang lain.

Bila kawan cerita masalah, bergaduh dalam rumah tangga dan sebagainya kita dengar saja.

ADAM CORRIE

Pelakon

"Jangan kita jadi batu api dan cerita masalah mereka pada orang lain.

"Tak amanah namanya tu. Saya kalau orang tak dikenali mengadu nasib fasal rumah tangga, saya akan syorkan rujuk pada kaunselor bertauliah di majlis agama.

"Kalau ada masalah kewangan boleh pergi Baitulmal. Sakit gigi jumpa doktor gigi bukan jumpa tok mudim. Tak faham fasal agama, tanya pada para ilmu fiqh bukan pada artis," ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat yang diberi pelakon filem KL Gengster ini dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga.

Da'i Farhan sebelum ini mendedahkan sudah bernikah dengan seorang janda anak lapan di tanah suci Makkah.

"Kadang-kadang kita berharap orang yang kita luahkan tu tak cerita masalah kita pada sesiapa. Tapi tup-tup dia bercerita dengan orang lain. Hilang kepercayaan kita untuk berkongsi apa-apa masalah dengan dia.

"Betul tu, jangan luahkan pada orang lain lagi-lagi yang ada niat jahat nak memecah-belahkan rumahtangga kita. Lebih-lebih lagi yang single tapi acah-acah caring pada kita.

"Senang buat pahala dan senang juga buat dosa. Pilihlah mana yang baik," tulis mereka.

Adam Corrie, rumahtangga

Artikel Lain