suria

“Dah elok tutup aurat, tayang balik buat apa?” - Imbau kenangan bekerja di Indonesia, Joy Revfa ditegur netizen

Joy memuat naik beberapa keping gambar tidak bertudung.

USAHAWAN kosmetik Joy Revfa menerima kecaman netizen gara-gara memuat naik beberapa keping gambar lama di laman sosial yang memaparkan dirinya tidak bertudung.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 32, meluahkan rasa rindu ketika bekerja di sebuah produksi drama di Indonesia pada usianya 17 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Joy Revfa beri bayangan dirisik lelaki misteri iras pelakon drama

ARTIKEL BERKAITAN: Joy Revfa kini bahagia dengan kekasih baharu

"Kenangan Joy waktu lepas habis sekolah dulu. Bekerja di Production House Jakarta.

Antara komen yang ditinggalkan netizen pada posting Joy Refva.

"Ni Joy tengah peluk cowok ganteng (lelaki kacak) Endyarfian... kamu sudah jadi cowok ya sekarang Endy! Yang lain foto momen bersama krew PH.

"Paling best pernah bekerja untuk beberapa filem di sana bersama dengan produser cantik, Veralasut dan pengarah paling popular Faozanrizal," tulisnya.

Joy berkongsi kenangan itu menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada malam Khamis.

Bagaimanapun, tindakannya usahawan kosmetik ini berkongsi foto tidak berhijab menjadi perhatian dan mengundang rasa marah netizen memandangkan bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun itu kini sudah menutup aurat sepenuhnya.

Rata-rata mereka mempersoalkan mengenai niat Joy memuat naik gambar itu di laman Instagram yang mempunyai pengikut sebanyak 348,000.

Paling best pernah bekerja untuk beberapa filem disana bersama dengan produser cantik, Veralasut dan pengarah paling popular Faozanrizal.

JOY REFVA

Usahawan kosmetik

"Joy, sekadar teguran ikhlas dari saya. Joy dah bertudung sekarang. Kalau boleh jangan post gambar yang tak bertudung ya sebab dikira gambar yang tidak menutup aurat. Kalau gambar Joy masa zaman budak kecil dahulu tak apa.

"Bila nak pakai macam ni balik?

"Kena ke tayang balik semua ni? Dah elok tutup aurat, tayang balik buat apa? Haritu masa ada kes dengan bekas suami, bukan main lagi tudung labuh," tulis netizen.

Joy Refva, tudung

Artikel Lain