suria

Hampir 10 tahun menjanda, pintu hati Ramlah Ram belum terbuka untuk mana-mana lelaki

Ramlah selesa hidup bersendirian tanpa pasangan.

PENYANYI senior Ramlah Ram memberitahu belum terbuka hati untuk memberi peluang kepada mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya.

Ramlah, 54, berkata, dia berasa selesa hidup solo dan reda dengan perancangan Allah terhadap takdirnya selepas mengambil keputusan bercerai sejak 10 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke Ramlah Ram semakin ‘slim’ sebab nak kahwin?

ARTIKEL BERKAITAN: Ramlah Ram Tidak Rasa Susah Bawa Gelaran Janda

"Mungkin buat masa sekarang, saya tak memberikan peluang untuk orang lain dekat dengan diri saya sebab hati saya tu rasa tak mencari ke situ. 

"Lagipun, saya reda dengan apa yang terjadi macam pilihan saya kahwin, lepas tu saya bercerai pun dalam keputusan yang nekad dan bulat.

Ramlah belum sedia beri peluang kepada mana-mana lelaki kenalinya dengan lebih rapat.

"Sepuluh tahun bukan satu masa yang singkat. Apa yang saya lakukan dengan bulat hati, satu keputusan yang muktamad dan takkan saya rasa kesal atau apa," katanya kepada mStar. 

Ramlah ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-12 Suria FM di Tropicana Mall pada Isnin. 

Tambah Ramlah, dia mempunyai sebarang perancangan untuk membina rumah tangga sekali lagi dan membiarkan suratan hidupnya ditentukan takdir Tuhan. 

"Saya tak berani cakap apa-apa sebab ini semua kerja Allah. Jodoh, ajal, pertemuan semua kerja Allah. Perceraian pun tu semua kerja Allah.
 

Soal jodoh biarlah Allah yang merancangkan untuk saya. 

Ramlah Ram

Penyanyi

"Jadi, maksudnya kita memilih apa yang terbaik. Janji kita tahu apa yang kita pilih tu adalah jalan yang betul. Soal jodoh biarlah Allah yang merancangkan untuk saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Sesaat Kau Datang ini akan tampil dengan lagu terbaharu, Masar Cinta dalam masa terdekat.

"Lagu Masar Cinta ni sangat istimewa kerana ia tribute untuk Allahyarham Suzaimi Soaib selaku presiden Ramlah Ram Group (RRG) kerana arwah sering menggerakkan aktiviti kesenian saya," ujarnya.

Ramlah berkahwin dengan Kamal Roslim pada 3 November 2000, namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 20 Mei 2010.

Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.

Ramlah Ram

Artikel Lain