suria

“Hidup sederhana lebih bahagia” - Nabila Huda berlakon bukan untuk jadi kaya

Nabila Huda lebih bahagia hidup secara sederhana.

PELAKON Nabila Huda mendedahkan dia tidak akan menggunakan pencapaian yang dikecapinya dalam industri seni untuk menaikkan harga bayaran sesebuah drama atau filem.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 34, berkata, dia sebaliknya menceburi bidang lakonan kerana minat dan bukannya berlandaskan duit semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau pun bermazhab lain, tak payah 'up' gambar sebegitu rupa” - Foto ‘selfie’ Nabila bersama anjing ditegur PU Syed

ARTIKEL BERKAITAN:  Nabila Huda tegur 'kerja gila' Ara Johari makan mi pedas dengan durian “Siapalah yang bodoh mulakan cabaran ini?”

"Pendapat saya, tak perlu guna kejayaan yang telah dicapai untuk naikkan bayaran dalam lakonan. Cukup kalau orang boleh hargai segala usaha saya.

Nabila lebih selesa melakonkan watak-watak yang agak berat.

"Kalau produksi itu offer saya bajet yang lebih rendah, saya akan beritahu dia harga saya kerana kebiasaannya saya akan minta duit lebih untuk wardbrobe saya.

"Dan saya juga bekerja bukan sebab saya nak duit... saya tak nak duit dan saya tak nak kaya-raya pun. Saya gembira dengan kehidupan saya yang sederhana ini. Percayalah, hidup bersederhana adalah lebih bahagia daripada kaya-raya. Sebenarnya lagi banyak tanggungjawab kalau kaya," ujarnya kepada mStar.

Nabila berkata demikian sebagai menjawab persoalan media sekiranya dia akan demand soal bayaran selepas berjaya merangkul beberapa anugerah sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Dia Tidak Berdosa ini mengakui lebih selesa melakonkan watak yang agak berat kerana dirasakan sesuai dengan jiwanya.

Saya gembira dengan kehidupan saya yang sederhana ini. 

NABILA HUDA

Pelakon

Kata Nabila, watak sedemikian membuatkan dia berasa lebih puas dan berbaloi dengan nilai bayaran yang diterimanya.

"Sejujurnya saya susah nak melakonkan watak ringan kerana tak kena dengan jiwa saya. Bila saya perlu melakonkan watak yang ringan, saya akan jadi kekok. Especially kalau untuk drama-drama cinta, saya tak selesa.

"Tapi saya teringin juga untuk berlakon untuk drama komedi cumanya bila kita dah buat nanti rasa macam ada saja yang tak kena.

"Berbanding kalau saya berlakon untuk watak yang heavy, saya akan rasa lebih puas dan berbaloi dengan bayaran yang saya terima," ujarnya.

Nabila Huda, Dia Tidak Berdosa

Artikel Lain